• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bertahun Cuba Pulih Hubungan, Shila Amzah Anggap Perceraian Sebagai Jalan Terakhir

Jelas pelantun Patah seribu ini sebagai manusia biasa dia juga berhak untuk hidup bahagia.

by Khai Azfar
December 24, 2021
Share on Facebook

Berita mengenai penyanyi Shila Amzah telah memfailkan penceraian dengan suami ternyata mengejutkan peminat dan rakan selebriti.

Shila Anggap Sebagai Jalan Yang Terakhir 

Manakan tidak, disebalik dugaan banjir yang terkesan pada dirinya dan keluarga, Shila atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Amzah,31 turut mendedahkan sudah dua bulan tidak duduk sebumbung dengan suaminya, Haris Edraki Elias.

Terbaru, Shila memberitahu keputusan yang dibuat itu adalah dari dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menyifatkan perceraian sebagai jalan terakhir setelah bertahun-tahun cuba memperbaiki hubungan mereka, jelas pelantun Patah seribu ini sebagai manusia biasa dia juga berhak untuk hidup bahagia.

“I put my baby first in everything, Untuk jadi ibu yang lebih baik, this time , I chose me. Sha buat keputusan sendiri utk kendalikan masalah ini dengan cara sha..

“Please jangan pandang rendah pada sha ckp sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh orang lain.. Maybe itu dulu, tapi skrg I took charge of my own life. Sha jarang sekali mengendahkan hati sendiri. Ramai yang tanya kenapa sha pilih Jalan ini ?

“Percayalah, ini adalah jalan yang terakhir, dah bertahun sha cuba. Semua orang nak bahagia. Sha pun manusia biasa” luah Shila

Shila Titip Pesanan Buat Kaum Ibu 

Di kesempatan itu, Shila turut berpesan kepada wanita yang bergelar ibu agar tidak takut untuk membuat sebarang keputusan berkaitan dengan diri sendiri terutamanya melibatkan perasaan.

“Sha cuma nak cakap kepada ibu2 dulu kat luar sana supaya jangan takut..ramai yang suruh ibu-ibu atau bapa-bapa  bertahan dalam perkahwinan demi anak-anak.. tapi, ianya bukan perkara mudah..bila kita nak jaga anak dengn perasaan diri terdera, bukanlah satu environment yang sihat untuk tumbesaran anak” katanya lagi

Akhiri Shila, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah berdoa dan memberikan sokongan terhadap dirinya dan keluarga.

[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- "Sayang Diri Kita Dulu"

https://www.instagram.com/p/CX0CXnnPlWH/

Sekadar info, Murai.my sebelum ini melaporkan rumah keluarga Shila di Hulu Langat turut dimasuki air banjir. Selain Shila, antara selebriti yang turut menjadi mangsa banjir adalah pelawak Ebby Yus dan penyanyi Afieq Shazwan.

shila amzah
https://lomp.at/7xd7u
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore