Penyanyi, Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Seth Uwais sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun.
Shila atau Nurshahila Amir Hamzah menerusi hantaran di Instagram, turut meluahkan rasa bangga dengan perkembangan Seth Uwais yang semakin bijak menyesuaikan diri dan tidak mempunyai rasa malu menjadi seorang kana-kanak autistik.
“Mama dan papa sangat-sangat bangga dengan Seth Uwais! Kepada semua ibu bapa, anda semua wira sebenar! Semasa saya menaip ini, Seth sedang berada di sekolah, dia telah berkembang meningkatkan kemahirannya, dia telah mencuba yang terbaik setiap hari, untuk cuba menyesuaikan diri.
Saya rasa dia telah melakukan kerja yang luar biasa. Dia tidak pernah malu menjadi autistik, cuma kadang-kadang dia ingat semua orang autisme dan dia akan tanya ‘awak autism level berapa?’ 🤣.
Tolong jangan tersinggung dengan soalan dia, dia masih meneroka.”-tulis Shila Amzah di Instagram
Dibanjiri Komen Netizen

Perkongsian Shila mencuri perhatian netizen di ruangan komen, terutamanya yang turut menjadi ibubapa kepada anak autisme, malah ramai yang menitipkan doa agar anak-anak autisme ini akan terus membesar dengan penuh kasih sayang dan berbakti kepada ibu bapa.
“Terima kasih menjadi ibu bapa yang membanggakan kepada anak-anak, sentiasa ada untuk mereka. Kami suka melihat mereka membesar. Penyejuk hati selalu.”
“Saya ada anak autism. Sama umur dengan Seth juga. tapi sehingga hari ini, saya masih tak tahu bagaimana cara untuk saya beritahu pada dia, dia adalah istimewa.”
“Selamat Hari Autisme sedunia.. may the world accept our kids for who they are.. hugs to us parents, family and autistic kids all around the world…”
“Anak kawan saya pun autism, syllabus di sekolah dia dah boleh ikut yang form 3, sedangkan dia belum 15 tahun pun lagi. Dan dia akan cakap dia ada autism, tapi kadang-kadang je ada. Sangat-sangat comel.”
“Moga Seth terus membesar dengan dididkan dan asuhan yang penuh kasih sayang daripada Mama & Papa. Menjadi anak yang soleh. Berbakti pada Mama & Papa.”
Untuk Info, Hari Kesedaran Autisme ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman, dan sokongan terhadap individu dengan Gangguan Spektrum Autisme (ASD). Diiktiraf oleh PBB sejak 2007, hari ini bertujuan menggalakkan masyarakat menerima keunikan dan menyokong golongan autisme, yang sering dilambangkan dengan warna biru.






