Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shuib Rancang Nikahi Wati Bulan 6, Peminat Pula Teringat Arwah Siti Sarah Pernah Marah Bergurau Mahu Kawin Lagi

by Puteri Alia
April 13, 2023
Share on Facebook

Kematian orang yang tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan, namun ianya tidak dapat dielakkan dan merupakan realiti yang perlu dihadapi.

Bagi mereka yang telah berkahwin, pastinya menjadi doa dan harapan agar mereka dan pasangan dapat bersama sehingga ke hari tua bersama-sama.

Tetapi sekiranya ajal menjemput dalam keadaan kita belum bersedia, sudah pasti sukar untuk individu tersebut meneruskan kehidupan apatah lagi bagi para suami yang kehilangan isteri tercinta dan meninggal anak-anak yang masih kecil.

Sebagai contoh, pelawak serta penyampai radio Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, kini seorang bapa tunggal kepada empat orang anak, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. Hal itu bukan lagi sesuatu yang canggung buat Shuib.

Malah, emosi yang bergulung-gulung di dadanya terpancar ke muka ketika pemergiaan isteri tercintanya, Siti Sarah terdahulu meruntun jiwa rakyat Malaysia yang mengenali penyanyi itu.

Apatah lagi, arwah isterinya, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas melahirkan anak bongsu mereka Ayash dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

Namun begitu, kini bagi menamatkan teka teki status hubungan terkini duda ini bersama Watie Hanifiah, akhirnya Shuib mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada Jun depan.

Memetik laporan berita, Shuib memaklumkan bahawa persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.

“Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.

“Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.

“Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

“Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami.

“Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya kepada BH Online.

Ditanya perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu berkata, bakal isterinya gembira, namun pada masa sama tidak menafikan cabarannya.

“Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.

“Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah

“Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin benda ini sangat baik.

“Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik.

“Saya pula sudah tentu berdebar, tetapi bila saya tengok anak-anak, saya rasakan perlukan seseorang untuk ada bersama saya,” katanya.

Justeru, Shuib mengakui dengan adanya Watie, dia mampu mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.

“Kita tahu kebolehan dan kemampuan saya, jadi bila ada orang sudi bersama saya, ia satu pemberian Allah.

“Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tetapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik. Jadi, saya berharap semuanya dipermudahkan Allah.

“Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian,” katanya.

Shuib berkata, dia suka meriah, gembira, ramai-ramai dan jemput orang datang rumah, jadi apabila bersendirian, itu bukan dirinya.

“Saya seorang yang berkeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga, lagi saya gembira. Bila sudah ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak dan jaga saya juga, saya kena hargai, insya-Allah,” katanya.

Shuib menyifatkan Watie adalah wanita sangat baik kepada anak-anak dan orang tuanya.

Watie Jelaskan Isu Talita: “Cuma Salah Faham, Bukan Biadab”

Malah, kata Shuib, ibunya sendiri sangat menyukai keperibadian Watie.

Menjengah ke ruangan komen setelah perkhabaran berita tentang perancangan pernikahan Shuib dan Watie ini menjadi tular, ada pula di antara kalangan netizen yang bertelingkah dan mengimbau semula kenangan arwah Siti Sarah marah ketika suaminya itu pernah bergurau mahu berkahwin lagi.

Bagaimanapun, ada juga yang menyokong tindakan pelawak ini kerana Shuib dikatakan telah menjalankan tugas yang baik sebagai seorang suami serta setia pada isterinya ketika arwah masih ada dahulu.

Kini setelah ketiadaan arwah, pastinya setiap yang hidup meneruskan kehidupan masing-masing dan memerlukan pendamping untuk meniti kehidupan sehingga hari tua.

“Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah.

“Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal.

“Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya,” katanya.

Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

shuibsiti sarah
https://lomp.at/0z3fy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara