Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

5 Kata-kata Tareq Fit Yang Buat Netizen Naik Angin Tapi ‘Engagement’ Tetap Tinggi

by Phic ARMAN
February 25, 2026
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Tareq Fit bukan datang dari dunia hiburan. Bukan pelakon, bukan penyanyi, bukan juga influencer besar. Tapi sejak aktif bercakap depan kamera tentang isu-isu sensitif, namanya kerap naik turun di media sosial.

Setiap kali dia buka topik, mesti ada “nama besar” yang terpalit sama. Nak kata strategi, tak tahu. Tapi yang pasti, engagement memang padu.

1. Persoal Rezeki Kamal Adli

Antara isu paling terbaharu yang buat orang terkejut, bila Tareq mempersoalkan sumber rezeki Kamal Adli. Dakwanya, pelakon itu mencari rezeki dengan cara yang tidak halal kerana berlakon bersama wanita yang tidak menjaga aurat.

Kenyataan itu memang terus jadi perbualan hangat.

Kamal pula balas dengan tenang katanya hidup di Malaysia kena saling hormat agama masing-masing. Tak perlu setiap hari bangun cari salah orang lain. “Kubur lain-lain,” lebih kurang begitu nada jawabnya. Simple, tapi makan dalam.

2. Tegur ‘Content’ Que Haidar

Sebelum  itu, nama Que Haidar pula disebut.

Tareq mempersoalkan kandungan media sosial Que yang katanya seolah-olah memancing komen tidak senonoh, terutama daripada wanita berkahwin. Isu ini terus jadi bahan perbincangan netizen  ada yang setuju, ada juga yang rasa teguran itu agak berlebihan.

Macam biasa, bila dah sentuh nama besar, automatik isu tu jadi trending.

3. Isu Body Shaming & Pandangan Tentang Isteri

Bab fizikal pun tak lepas daripada perdebatan.

Netizen kata Tareq sebelum ini kerap menegur orang berbadan besar secara terbuka dan sering menekankan semua orang perlu kurus demi kesihatan. Tapi bila bercakap tentang isteri sendiri, nadanya nampak berbeza.

Dia pernah berkata, “Dulu isteri saya gemuk, sekarang alhamdulillah cuma terlebih berat badan.”

Bukan itu saja, dia juga menyebut wanita lebih cantik bila berisi, curvy dan chubby. Bahkan kalau suatu hari nanti diberi peluang berpoligami, dia terbuka untuk mencari pasangan yang chubby.

Uqasha Dedah Tarikh Nikah Dimanipulasi - "Aku Dinikahkan 5 November, Tapi Dalam Sijil 4 November!"

Di sini ramai yang mula angkat kening,  konsisten atau sekadar ikut situasi?

4. Komen Pada Post Khairul Aming & Respons Ojen Aiwah

Tareq juga pernah meninggalkan komen pada hantaran Khairul Aming yang memaparkan gambar rakan-rakan menikmati makanan di restorannya.

Walaupun dia memuji makanan, dia sempat mempersoalkan kehadiran lelaki lembut dalam gambar tersebut.

Komen itu pantas mendapat reaksi balas. Ojen Aiwah tampil mempertahankan bahawa tiada salahnya jika seseorang lelaki dilahirkan dengan sifat lembut.

Sekali lagi, perdebatan tercetus dan nama Tareq terus berada dalam radar perbualan netizen.

5. Isu Isteri Wajib Jadi Suri Rumah? Dibalas Nadzmi Adhwa

Dalam satu kenyataan lain, Tareq berpendapat isteri tidak perlu bekerja dan sebaiknya menjadi suri rumah sepenuh masa. Menurutnya, zaman sekarang ramai suami isteri terlalu sibuk mengejar pendapatan sehingga anak-anak kurang didikan agama dan perhatian.

Namun pandangan itu dibalas Nadzmi Adhwa yang berkongsi pengalaman peribadi, ibu bapanya bekerja sebagai guru, tapi masih mampu membahagikan masa dengan anak-anak.

Katanya, kos sara hidup hari ini menuntut kerjasama dua pihak. Tak semua keluarga ada kemampuan yang sama.

Nada balas itu lebih kepada perbincangan berbanding serangan, tapi cukup untuk buka perspektif lain.

Kalau diperhati, setiap kali Tareq Fit bersuara, topik yang dibawa memang dekat dengan isu sensitif dan pandangan peribadi orang lain. Dia bukan selebriti, tapi cara dia memilih isu membuatkan namanya sentiasa timbul dalam perbualan online.

So sekarang timbul soalan…

Adakah ini cara dia kekal relevan, atau memang sekadar luahan pendapat yang kebetulan kena pada nama besar?

Apa pun jawapannya, satu benda jelas setiap kenyataan, pasti ada reaksi. Dan reaksi itulah yang buat namanya terus berlegar.

"Demi Allah, Saya Sayang Isteri & Anak!" – Kamal Adli Buka Mulut Jawab Satu Persatu Tuduhan Terhadapnya
kamal adlitareq fit
https://lomp.at/33r6k
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Terjaga 4 Pagi, Pembantu Rumah Hilang Bersama Kunci! Tuan Rumah Berang

by Noe
April 6, 2026

Tular di media sosial, satu perkongsian mengejutkan apabila seorang individu mendedahkan pengalaman cemas berdepan pembantu rumah yang didakwa cuba melarikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Terima Kasih Kanser…”- Iktibar Dari Pemergian Vidi Aldiano, Catatan Terakhir Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
March 9, 2026

Pemergian penyanyi popular Indonesia, Vidi Aldiano pada Sabtu lalu benar-benar mengundang rasa hiba dalam kalangan peminat. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Hanya Berdiri Kaku! ‘Orang Pokok’ Bad Bunny Di Super Bowl Ini Rupanya Terima Gaji Tinggi

by Phic ARMAN
February 13, 2026

Siapa tengok persembahan halftime Super Bowl LX dekat Levi’s Stadium memang tahu. Bad Bunny bukan sekadar buat konsert, tapi dia...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kongsi Isu Minyak, Aazief Khalid Dikecam Guna Bahasa Inggeris

by Phic ARMAN
March 26, 2026

Nama anak tiri Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid kembali jadi perhatian netizen apabila kenyataannya mengenai isu...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April, Pahang Dah ‘Start’ 2 Hari Seminggu, Ini Perkara Penting Rakyat Kena Tahu

by Ayu Kamaruddin
April 2, 2026

Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) kini kembali jadi perhatian apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaannya bermula 15 April ini, melibatkan kementerian dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara