Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Ia Sangat Mengejutkan’- Kerabat Diraja, Tengku Chanela Jamidah Akui Guna ‘Minyak Ganja’ Tapi Dengan Alasan

by Phic ARMAN
May 27, 2022
Share on Facebook

Seperti mana yang dimaklumkan oleh media tempatan, Tengku Chanela Jamidah Tengku Abdullah yang dikenali sebagai jurukempen ganja perubatan baru sahaja melancarkan inisiatif Halal Hemp. Ia merupakan satu usaha untuk mengubah fikiran dan undang-undang mengenai isu penggunaan kanabis dan hem, terutama kandungan bahan aktif cannabidiol (CBD) dalam tumbuhan itu untuk tujuan perubatan.

Katanya, Halal Hemp merupakan organisasi pensijilan pertama dan satu-satunya di dunia yang mencipta proses pengauditan untuk mengesahkan bahan aktif tumbuhan ganja, CBD sebagai halal.

Guna Minyak CBD untuk masalah kerisauan

Sementara itu, Puteri kepada Allahyarham Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah Almarhum Sultan Abu Bakar ini juga mengakui mengambil minyak CBD untuk masalah kerisauan, insomnia dan sakit kronik.

“Ia sangat mengejutkan. Kepelbagaian penggunaan tumbuhan ini, ditambah pula dengan perubahannya dalam meningkatkan kualiti hidup saya, mendorong saya untuk berkongsi mengenainya dengan orang lain.”- katanya.

Dipetik dari klikdokter, minyak CBD berbeza daripada tumbuhan ganja. Minyak CBD ialah sebatian bukan toksik yang diekstrak daripada tumbuhan kanabis (Cannabis sativa). Minyak CBD mempunyai tahap tetrahydrocannabinol (THC) yang rendah. Tahap THC yang tinggi inilah yang umumnya menyebabkan mabuk dan ketagihan. Itulah sebabnya, meski berasal dari tanaman ganja, CBD oil atau minyak ganja tidak akan menimbulkan ketagihan.

Tengku Chanela bersetuju jika memansuhkan hukuman mati

VIA Instagram Tengku Jamidah

Tengku Chanela yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga bersetuju jika memansuhkan hukuman mati mandatori sebagai sebahagian daripada sabitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

“Membunuh seseorang kerana tumbuhan manakala yang lain menjana pendapatan berbilion dolar itu bertentangan dengan hak asasi manusia kita. Kita mesti berubah daripada cara lama kita dan mengenal kesan larangan dan bagaimana undang-undang menyiksakan ini terhasil. Penjara sudah sesak, dengan 60 peratus banduan di penjara kerana sabitan kes dadah tanpa kekerasan.

Negara membelanjakan lebih RM500 juta setahun untuk mengekalkan banduan tersebut. Pembiayaan itu boleh diperuntukkan dengan lebih baik ke arah pembangunan negara kita dan tujuan yang lebih wajar. Kita mesti memansuhkan hukuman mati dengan serta-merta.”- katanya kepada Malaysiakini

Terdahulu, isu penggunaan ganja dalam perubatan yang di bahas Syed Saddiq di Parlimen baru-baru ini, mendapat perhatian Tengku Chanela. Di Instagram beliau, Tengku Jamidah berkongsi pandangannya mengenai penggunaan ganja dalam perubatan bagi merawat penyakit kronik.

VIA  Instagram @tcjamidah

“Berjuta orang memerlukan perubatan ganja. Kanak-kanak epilepsi kita, ibu bapa kita yang menghidap barah, datuk dan nenek alzheimer kita.

Dan manfaat ekonomi untuk semua. Tidak mengira fahaman politik anda, SEMUA ORANG dapat manfaat. Ketepikan sebentar dan sediakan keperluan kesihatan untuk orang kita. Ini adalah hak asas manusia!”- tulisnya di Instagram

Tambahnya lagi, setelah dia dapat memahami faedah ganja perubatan dan serat hem untuk perindustrian, dia percaya bahawa ini merupakan satu keperluan.

Apa komen anda?

Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah Almarhum Sultan Abu BakaTengku Chanela Jamidah Tengku Abdullah
https://lomp.at/h7hx8
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Birthday Prank’ Kepada Aliff Syukri, Netizen Terhibur!-“Yang Penting Kamera..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas melakukan...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara