Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Siapakah Cameron Herrin, Pembunuh Yang Menjadi Tular Di TikTok Kerana Miliki Sepasang Mata Yang Cantik

by Phic ARMAN
July 3, 2021
Share on Facebook

Wajah lelaki muda yang memiliki sepasang mata yang cantik ini menjadi tular di TikTok. Ramai yang tertanya-tanya, siapakah jejaka kacak ini yang dilihat dijatuhi hukuman ketika perbicaraan di Mahkamah.

https://www.tiktok.com/@k.tedit3/video/6980323553493126401?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Siapakah Cameron Herrin

Menurut Dailymail , lelaki ini bernama Cameron Herrin berusia  21 tahun. Herrin merupakan seorang pelumba jalanan di Florida dan didapati bersalah kerana  meragut nyawa seorang ibu yang berusia 24 tahun dan anak perempuannya dengan melanggar mereka dengan kelajuan  100mph. Herrin telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun.

Herrin didapati telah membuatkan dua beranak ini terbunuh ketika dia berlumba di jalan raya dengan rakannya di Tampa, Florida, dengan  memandu kereta Mustang.

Ketika perbicaraan di mahkamah, dia memakai topeng pelitup muka namun lirik matanya mencuri perhatian netizen. Hukuman yang diterimanya  membuatkan dia menghabiskan lebih dari separuh hidupnya di penjara pada saat dia dibebaskan.

https://www.tiktok.com/@ask_tk/video/6980183123812158721?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menurut laporan yang sama, keluarga mangsa mahu Herrin menjalani hukuman maksimum, iaitu 30 tahun.

Kronologi Kemalangan

Pada Mei 2018, Herrin bertanggung jawab atas kematian Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia yang berusia satu tahun.

Herrin, yang berusia 18 tahun ketika itu, keluar bersama rakannya pada 23 Mei untuk pergi ke gimnasium di daerah Tampa.

Herrin yang memandu kereta Ford Mustang, sementara rakannya, John Barrineau, secara berasingan memandu kereta jenis Nissan.

Kedua-dua kenderaan berhenti menyebelahi antara satu sama lain di lampu isyarat pagi itu.

Reisinger-Raubenolt, yang membawa anak perempuannya dengan kereta sorong bayi,  menyeberangi jalan di sepanjang Gandy Boulevard.

Kereta Nissan keluar dan dapat mengelakkan ibu dan anak perempuan itu, tetapi Herrin telah melanggar dua beranak itu.

Pada hari kemalangan, kereta bergerak pada kelajuna 100mph sebelum terjadinya kemalangan.

Herrin memanggil ibunya, yang telah menghadiahkan Mustang kepada anaknya, setelah kecelakaan itu, mengatakan bahawa dia ‘membunuh seseorang.’

Ibunya Cheryl memberitahu hakim, ‘Saya merasa bertanggungjawab atas kemalangan ini. Sekiranya boleh saya mahu menerima hukuman oleh anak saya’

Dia juga bercakap tentang penderitaan Cameron dan seorang lagi anak lelaki, Tristan, yang merupakan penumpang di dalam kereta Cameron semasa kemalangan maut itu.

“Pada waktu malam saya mendengar jeritan dari kedua-dua anak lelaki saya,” kata Cheryl. “Mereka mengalami  serangan panik.”

David Raubenolt, ayah kepada bayi perempuan mereka, bercakap sebelum hakim menjatuhkan hukuman. Dia meluahkan perasaannya yang hancur  di sejak kematian isteri dan anak perempuannya.

Mengenakan Goun Hijau Dalam Mahkamah

Cameron Herrin in court today wearing an anti-suicide gown. The other inmates weren't dressed that way. His lawyer tells me he doesn't know why Herrin was placed in the gown. Police say Herrion hit and killed a mother and her baby while street racing down Bayshore Blvd in Tampa. pic.twitter.com/Xk6LyN084Z

— Corey Davis (@coreydavistv) May 26, 2018

https://www.tiktok.com/@danygi1re/video/6980369717924072705?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sementara itu, di laman twitter, Cameron Herrin di mahkamah dikatakan  memakai gaun anti bunuh diri juga tular. Ini kerana hanya Herrin yang berpenampilan sebegitu manakala tahanan yang lain tidak berpakaian seperti itu.

Peguamnya memberitahu, dia tidak tahu mengapa Herrin memakai gaun itu. Polis mengatakan Herriin memukul dan membunuh seorang ibu dan bayinya ketika jalan di Bayshore Blvd di Tampa.

Pengguna TikTok Fikir Cameron Herrin Beragama Islam? Ini Pendedahan Sebenar Latar Belakang Keluarganya

Cameron HerrinJessica Reisinger-Raubenolt
https://lomp.at/qcvtu
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
via Freepik/ X
Dunia

AirPods ‘Sebelah Hidup, Sebelah Nazak’ Curi Tumpuan, Netizen Sindir “Tim Apple”

by Naja Nix
December 31, 2025

Satu perkongsian di platform X baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna peranti Apple apabila memaparkan tangkap layar tahap...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore