• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Siapakah Godfrey Gao? Aktor Kacak Taiwan Yang Disahkan Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
November 27, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita yang menyedihkan datang dari salah seorang aktor berbakat dari China, Godfrey Gao. Pelakon dan model yang dilahirkan di Taiwan ini disahkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran di China.

Pengsan di Lokasi Penggambaran

Menurut laporan dari Strait Times pada 27 November 2019, Godfrey rebah dan pengsan sebelum dia disahkan mati. Para peminat peminat mula membanjiri di media sosialnya dengan pengikut seramai 500k untuk meluahkan rasa kesedihan kepada Godfrey Gao.

Semasa menjalani proses penggambaran rancangan realiti di Ningbo, China, Godfrey pengsan dan para kru bergegas untuk mengejutkannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit mencuba menyedarkannya, jantung Godfrey tiba-tiba berhenti selama tiga minit. Ini juga membuat kru panik dan membawa Godfrey ke hospital.

Kredit Foto: IG Godfrey Gao

Menurut Hong Kong Daily, Gao dilihat berteriak bahawa dia tidak dapat meneruskan penggambaran tetapi para kru berfikir dia hanya berlakon.

Pelakon berusia 35 tahun itu sedang membuat penggambaran sebuah rancangan TV yang dikenali sebagai Chase Me. Dalam rancangan realiti tersebut peserta memberi tumpuan untuk menjalankan tugas fizikal. Salah seorang lagi selebriti di dalam rancangan ini ialah William Chan, aktor Hong Kong dan Fahrenheit, ahli band boy Calvin Chen.

Siapakah Godfrey Gao

Kredit Foto: IG Godfrey Gao

Godfrey adalah model dan pelakon yang lahir di Taiwan dan pernah mendapat julukan lelaki terkacak di Asia. Beliau mula-mula menarik perhatian orang ramai sebagai model fesyen yang berbakat.

Lelaki Asia yang pertama Untuk Louis Vuitton

Pada tahun 2011, dia menjadi model lelaki Asia yang pertama untuk mengiklankan jenama terkenal, Louis Vuitton.

Filem The Mortal Instruments: City of Bones lakonan Godfrey Gao

Bukan sahaja kerjayanya di Asia, beliau juga terlibat dengan filem-filem Hollywood seperti The Mortal Instruments: City of Bones pada tahun 2013. Dia juga popular di China kerana membintangi filem Rembering Lichuan pada tahun 2016.

Berdarah Malaysia?

Mungkin ramai yang tak tahu, ibu Godfrey Gao  mempunyai darah Malaysia dan Cina mankala bapanya berasal dari Taiwan. Ketika dia masih kecil, Godfrey tinggal di Vancouver, Kanada. Beliau belajar di Capilano University di Vancouver Utara. Godfrey sendiri kembali ke Taiwan dan bekerja sebagai model pada tahun 2004.

Walau bagaimanapun, kini namanya tinggal dalam ingatan semua peminat. Godfrey Gao meninggal pada usia 35 tahun.

https://lomp.at/27684
Share8Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Hollywood

Orang Penang Rupanya! 7 Fakta Isteri Andy Lau, Anak Usahawan Malaysia

by Phic ARMAN
July 8, 2020

Siapa tak kenal dengan bintang popular dari Hong Kong, Andy Lau. Andy sangat berahsia tentang kehidupan peribadinya. Tidak ramai yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore