• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Siapakah Lelaki Misteri Yang Berwajah Anjing?

by Jash Lee
October 24, 2020
Share on Facebook
via plus.google.com

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Jonathan Galindo adalah seorang pedofil, psiko dan sangat gila. Menurut sejarah, dia pernah melamar pekerjaan di Disney Land dan telah ditolak oleh syarikat itu kerana mereka mendapati Jonathan Galindo adalah salah seorang pesakit mental yang sentiasa bernafsu kepada kanak-kanak. Mereka risau akan keselamatan kanak-kanak yang bermain di sana akan terancam. Jonathan menjadi sangat kecewa dan sakit hati sehinggakan dia menyimpan dendam kerana cita-citanya untuk bekerja di sana telah ditolak.

Pada mulanya, kisah lelaki ini telah menjadi viral di Sepanyol dan dengan tiba-tiba menjadi semakin hangat di seluruh saluran youtube dan sentiasa menjadi perbualan di kalangan youtuber dan kini cerita Jonathan Galindo telah tersebar luas di seluruh dunia.

Mengapakah nama Jonathan Galindo menjadi viral? Mari kita lihat siapakah sebenarnya lelaki misteri ini.

Lelaki Berwajah Seperti Anjing

via periodicodaily.com

Disebabkan dia terlalu meminati dan obses dengan kartun Disney dan mempunyai psikologi yang berbeza, dia terus merubah wajahnya menjadi seperti wajah seekor anjing. Lelaki ini telah menukar wajahnya menjadi wajah seekor anjing seperti di dalam cerita Mickey Mouse iaitu satu watak anjing yang bernama Pluto. Jonathan Galindo telah menukar penampilannya bagi menarik perhatian kanak-kanak dan mangsa utamanya adalah di kalangan kanak-kanak perempuan di bawah umur di sosial media.

Jonathan adalah seorang lelaki yang sangat menyeramkan, misteri dan tiada siapa pun yang tahu akan identiti sebenarnya. Dia sering memburu mangsanya bagi memuaskan nafsunya dan boleh disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Memburu Mangsa Melalui Sosial Media

via blogspot.com

Jonathan Galindo bukan sahaja suka menakutkan kanak-kanak, dia akan mensasarkan korbannya dengan menghantar DM di media sosial mangsa. Selepas itu, dia akan mengajak mangsa untuk berjumpa dengannya sehingga mereka diculik dan akan merogol mangsa di rumahnya. Apa yang anehnya, sebelum merogol mangsa, Jonathan akan menggayakan mangsanya agar kelihatan seperti dirinya dengan memakaikan topeng fantasinya (muka seekor anjing). Jika mangsa menolak permintaannya, lelaki ini akan mengugut untuk membongkarkan segala maklumat peribadi mangsa.

Ini adalah kerana lelaki ini akan memburu mangsanya melalui internet atau sosial media. Akaun sosial media yang digunakan olehnya adalah atas nama ‘Jonathan Galindo’. Dia adalah seorang penculik yang sangat berbahaya dan sangat licik orangnya.

Ritual Aneh

via magic-loves-spells.com

Selepas merogol mangsanya, Jonathan Galindo akan melakukan satu ritual aneh bagi mendapatkan ‘kuasa ghaib daripada iblis’ iaitu satu kuasa ilmu hitam yang dapat memukau orang lain. Ini bagi membuatkan agar keluarga mangsa tidak akan pernah merasa kehilangan anak perempuan mereka dan tidak akan mencari mangsa yang hilang.

Dari situ Jonathan Galindo dapat menyembunyikan semua perbuatan jahat yang telah dilakukankannya dari pengetahuan sesiapa. Mangsa yang dirogol juga akan dibunuh dan mayat mangsa akan diawetkan serta dijadikan seperti patung yang sangat menakutkan. Mayat yang telah diawet tidak akan dijual tetapi untuk dijadikan sebagai koleksi peribadinya.

Kegiatannya Terbongkar

via IG

Segala kegiatan jahat Jonathan akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki yang bernama Carlos Name telah memuatnaik satu video di saluran youtubenya yang memaparkan fakta tentang siapakah sebenarnya Jonathan Galindo dan membongkarkan semua kegiatan penculikan keatas kanak-kanak dan remaja perempuan yang dilakukan oleh Jonathan Galindo.

via starmedia.com

Setelah video itu dimuatnaik, lelaki yang berwajah anjing ini mula dikenali dan menjadi sebutan ramai orang sehinggakan akaun sosial media yang digunakannya telah disekat oleh Kerajaan Sepanyol. Pihak polis disana cuba untuk memberkas Jonathan Galindo namun lelaki ini telah menyembunyikan dirinya dari ditangkap oleh pihak Polis di sana.

Jonathan Galindo menjadi geram, sakit hati dan mula menyimpan dendam kepada lelaki yang bernama Carlos Name. Jonathan mula mencari maklumat tentang Carlos Name dan menyerang kediamannya bagi membalas dendam.

Pada mulanya, Jonathan hanya berdiam diri di halaman ruman berkenaan kemudian naik sehingga mereka bertentang mata. Namun Jonathan tidak dapat masuk kerana dia dihalang oleh pintu kaca di rumah Carlos dan cuba mencari jalan agar Carlos keluar untuk berjumpa dengannya, namun Carlos tetap berkeras dan kejadian itu dirakam melalui instastori Carlos Name.

Carlos juga sangat pintar kerana dalam diam-diam dia telah menghubungi pihak polis. Dia hanya menghabiskan masa sehingga akhirnya Jonathan Galindo berjaya ditangkap.

Selepas itu, Carlos Name menjumpai beg yang dipercayai milik Jonathan Galindo. Isi kandungan beg itu adalah alatan untuk menggodam. Mungkin sebab ini jugalah alamat rumahnya dapat dicari oleh Jonathan dengan mudah.

Semasa Jonathan berada di penjara, secara tiba-tiba akaun sosial medianya kembali aktif dan mangsa yang diburu bukan sahaja dikalangan kanak-kanak tetapi juga remaja perempuan. Ramai yang dikatakan telah membunuh diri kerana terlalu takut sedangkan pada masa itu, Jonathan Galindo masih didalam tahanan dan berada di dalam penjara.

Dari kejadian itu, semua orang mula berteka-teki dan siapakah yang mengendalikan akaun sosial media tersebut? Mereka mendapati bukan hanya satu Jonathan Galindo yang melakukan kegiatan jahat tersebut namun masih ramai lagi yang melakukan perkara yang sama.

Menggunakan Strategi Cilik

via untoldstory.in

Untuk akaun yang baru diaktifkan ini, mereka menggunakan strategi yang lebih cilik. Mereka tidak menculik mangsa sebaliknya akan memerangkap mangsa dengan membuat satu cabaran yang dikenali sebagai ‘Blue Whale Challenge’ ataupun “Cabaran Ikan Paus’. Cabaran yang akan diberikannya adalah  melalui DM ataupun post di Twitter atau IG. Cabaran ini merupakan ‘permainan’ dimana pemain dijemput untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan selama 50 hari. Permainan ini cukup berbahaya kerana secara beransur-ansur pemain diminta untuk membunuh diri.

Disebabkan cabaran ini jugalah, ramai yang telah mati kerana terlalu takut untuk meneruskan permainan dan menyahut cabaran ini. Bagi pemain yang telah terpilih, mereka wajib bermain sehingga permainan selesai. Jika mangsa menolak, mereka akan diugut untuk membongkarkan segala maklumat peribadi mereka. Dengan itu, mereka secara terpaksa perlu menyelesaikan semua tugasan dan cabaran yang diberi.

Semakin hari, tugasan atau cabaran yang akan diberikan akan semakin sukar dan sangat merbahaya. Ada juga yang melukis bentuk ikan paus dengan menoreh di lengan mereka sendiri.

Memandangkan Jonathan Galindo adalah penggodam, maka tidak mustahil untuknya dengan mudah dapat mengesan lokasi kediaman mangsa. Pihak Polis di Sepanyol telah mengeluarkan satu amaran pada semua ibu bapa agar sentiasa mengawasi dan mengawal aktiviti anak-anak mereka.

jonathangalindo lelakiberwajahanjing perogol penjenayah
https://lomp.at/rostr
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Independent/Reuters
Antarabangsa

Untunglah! Selain China, Rakyat Di 4 Negara Ini Kini Bebas Tanpa Pelitup Muka

by Puteri Alia
July 12, 2021

Seronoknya tak perlu pakai pelitup muka lagi! Itulah situasi yang dihadapi oleh rakyat di beberapa buah negara di luar negara,...

Read moreDetails
Antarabangsa

7 Fakta Tentang Hubungan Dingin Antara Puteri Diana Dan Ratu Elizabeth

by Jash Lee
October 3, 2020

Dicintai oleh ramai orang di seluruh dunia dan bukan hanya di England, Puteri Diana mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang...

Read moreDetails
Antarabangsa

Lelaki Maut Dibaham Harimau Kerana Elak Bayar Tiket Masuk Zoo

by Phic ARMAN
January 31, 2017

Seorang lelaki dibaham hingga mati oleh harimau di sebuah zoo di China sangat mengerikan dan menjadi tontonan di media sosial...

Read moreDetails
Antarabangsa

5 Kelakuan Aneh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Yang Pasti Mengejutkan

by Jash Lee
December 7, 2020

Thailand telah mengadakan demonstrasi selama lebih daripada tiga bulan. Demonstrasi ini dilakukan bagi mendesak Perdana Menteri Thailand iaitu Prayuth Chan-ocha...

Read moreDetails
Foto - (IG) @samara_progorod
Antarabangsa

McDonald’s Rusia Tutup 847 Cawangan Sementara Waktu, Apa Kes?

by Puteri Alia
March 9, 2022

Ekoran kemelut peperangan yang melanda antara Rusia dan Ukraine banyak syarikat-syarikat barat seperti Pepsi, Starbucks dan Burger King ditekan untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore