Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Siti Hawa Kongsi Kisah Apa Yang Terjadi Sebelum Zaibo Pergi

by Khai Azfar
November 15, 2018
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo yang disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat.

Sempat Takbir 3 Kali

Menurut isteri Allahyarham, Siti Hawa Sawal, 52, suaminya ketika itu baru selesai mandi dan secara tiba-tiba batuk. Malah ketika itu dia sempat takbir sebanyak tiga kali sebelum rebah di pangkuannya dan beberapa anak yang turut menemaninya

“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,”

Perasan Perubahan Pada Zaibo

Menurut sumber lain, Siti Hawa perasan akan beberapa perubahan pada arwah suaminya. Tambahnya lagi, dia turut berpesan kepadanya supaya menjaga anak-anak meskipun anak tiri kerana dia dah menganggap mereka seperti anak-anaknya sendiri

“Pagi tadi saya tengok dia (arwah) macam tak mandi tapi dia kata mandi… mungkin nak sedapkan hati saya. Biasanya dia tak boleh nak makan, tapi tadi dia minta makan dan saya beri seperti biasa.

“Selepas itu, saya keluar sebab dia suruh belikan keperluan dirinya seperti lampin pakai buang, bila saya balik tengok dia dah lain. Mata dah lain dan saya syak kerana saya hari-hari lihat dia. Saya tengok kaki dia pun macam dah biru,”

Terdahulu, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, seperti dalam laporan murai.my turut menerima lawatan diraja oleh Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim. Pada 5 September lalu, Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer) tahap empat.

zaiboZaibo meninggal dunia
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem