Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Siti Kasim Murtad?” PU Syed Tarbiah Tindakan Sesat Cubaan Sekat Pemakaian Patuh Syariah Di Terengganu

by Puteri Alia
March 2, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

Share on Facebook

Sial la melayu-melayu yang tak faham apa yang saya cakap ni…kerajaan bongok ni ingat dia boleh paksa semua orang boleh pakai pakaian patuh syariah ke?… “- keluh Siti Kasim

Lancang sungguh kata-kata yang dikeluarkan, apabila minda masyarakat Islam diracuni dengan doktrin bahawa pemakaian Islam adalah kuno dan seolah-olah hukum itu digubal oleh tangan enteng manusia.

Benak akal seseorang itu jika terlalu mengimpikan sesuatu pembaharuan yang kononya mengejar pemodenan itu adalah wajar dan memilih untuk menolak ajaran agama yang sudah terang lagi bersuluh itu adalah tindakan benar.

VIA Google

Sekali lagi, figura Siti Kasim terpalit dengan tohmahan netizen berkenaan tindakan agresif beliau mempersoalkan mengenai pemakaian patuh syariah yang diusulkan oleh Kerajaan Terengganu sebagai satu undang-undang rasmi buat kaum wanita di negeri Terengganu.

Memuat naik di laman Instagram, aktivis bebas, Siti Kasim membantah sekeras-kerasnya mengenai pemakluman kerajaan negeri Terengganu yang telah meluluskan perundangan pemakaian patuh syariah yang akan dikenakan kepada individu yang tidak akur maka akan didenda.

Apa itu patuh syariah sebenarnya…it is debatable and challengeable…ini bukan hukum tuhan, ini hukum manusia…” – ulas Siti Kasim

Pemakaian patuh syariah itu seharusnya menjadi alah bisa tegal biasa kerana umum mengetahui bahawa pemakaian seseorang itu boleh menjadi kayu ukur kepada masyarakat madani seiring dengan pemodenan yang berlandaskan Islam.

Membidas tindakan agresif Siti Kasim, ustaz Syed Mohd Bakri atau lebih dikenali di laman Instagram sebagai Pusyed_official, beliau menyelar keluhan aktivis berkenaan yang boleh dianggap sebagai melampau dan menghasut orang awam.

“Hei ct anak kasim!! Isu menutup aurat bukan datangnya dari manusia, itu arahan Allah!! Cubalah simpan benakmu itu dari ditonjolkan kepada manusia lain!! Cukup banyak yg kamu sesatkan…”

Meninjau ke ruangan komen hantaran video yang dimuat naik Pu Syed, rata-rata warganet bersetuju dengan teguran yang menyentuh kalbu oleh ustaz berkenaan dan mengharapkan figura berkenaan serta orang ramai terjentik hatinya untuk bermuhasabah diri.

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!
VIA Instagram

Malah jika menyantuni hukum syarak pemakaian bagi wanita, pada asasnya Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kecantikan, bahkan menitik beratkan setiap perkara agar dilakukan dengan manis dan keadaan bersih.

Menurut sumber berita Harakahdaily, sudah tertera nas dalam Al-Quran dan Al-Hadis yang menjelaskan bahawa Islam meraikan kecantikan bahkan menuntut manusia untuk memperlihatkan diri mereka dalam keadaan cantik namun jauh daripada sifat riak dan takabbur.

Oleh yang demikian, orang ramai diharapkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta menyokong penuh usaha dalam memperbaiki diri ke arah yang dirahmati Allah SWT.

siti kasimTerengganu
https://lomp.at/ivwr6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hitman Solutions Akhirnya Tamatkan Penantian Peminat Avenged Sevenfold Di Malaysia

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Selepas sekian lama menunggu, akhirnya berita yang dinanti-nantikan peminat rock tanah air menjadi kenyataan. Band heavy metal legenda, Avenged Sevenfold...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara