• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Siti Nordiana Tunaikan Umrah, Rakan Artis & Peminat Titip Doa

Ramai rakan selebriti dan peminat doakan urusan ibadah umrah Nana dipermudahkan

by Puteri Alia
March 15, 2022
Foto - Instagram @sitinordiana

Foto - Instagram @sitinordiana

Share on Facebook

Dalam pada artikel ini ditulis penyanyi jelita dan berbakat, Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa Nana kini telah berangkat ke tanah suci bersama anak lelakinya Mohd Rayyan Nakhaie dan mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi muatnaik Nana di Instagram nya semalam, penyanyi ini berkongsi berita keberangkatannya ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Mohon Doa Dapat Umrah Yang Mabrur

Pelatun lagu Angkara ini memohon agar orang ramai mendoakan diri dan anaknya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan ketika di sana. Dalam pada masa yang sama, Nana juga memohon maaf jika ada melakukan silapan kepada sesiapa.

Foto – Instagram @sitinordiana

“Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan Umrah.

Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya..

Ampun maaf kalau ada salah dan silap dari kami” tulisnya

Rakan Artis Dan Peminat Titip Doa

Muatnaik penyanyi tersebut mendapat banyak respon dan komen dari rakan artis, kenalan rapat dan peminatnya, rata-rata mereka mendoakan agar urusan ibadah umrah selebriti tersebut dipermudahkan urusan sepanjang menunaikan umrah.

“Semoga dipermudahkan” ucap Tomok

“Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kemanisan suci” kata Fedtri Yahya

“Semoga Allah permudahkan segalanya.. Yang baik-baik semoga semuanya mudah @sitinordiana” komen Shuib

Foto – Instagram @sitinordiana

“Jaga diri kak Nana”

“Amin amin. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah umrah kak Nana dan Rayyan. Moga mendapat umrah mabrur amin”

“Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan untuk beribadah” komen peminat

Semoga Siti Nordiana dan Rayyan memperoleh ibadah umrah yang mabrur di tanah suci.

“Lebih Baik Saya Diam” – Siti Nordiana Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Nubhan, Hanya Titip Doa
siti nordianaumrah
https://lomp.at/ucw20
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore