Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Siti Nurhaliza Titip Ucapan Hari Lahir Istimewa Buat Pengurus Kesayangan

Ucapan yang ditujukan buat pengurus penyanyi nombor satu itu turut mendapat perhatian Kris Dayanti

by Puteri Alia
May 11, 2022
via Instagram Siti Nurhaliza

via Instagram Siti Nurhaliza

Share on Facebook

Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menitipkan ucapan istimewa buat pengurus setianya Rozi Abdul Razak menerusi Instagram malam tadi. Ia tentunya mencuri perhatian ramai wargamaya yang mengikuti beliau di platform media sosial berkenaan.

Titip Ucapan Istimewa

Umum sedia maklum perjalanan Siti sebagai penyanyi di awal kerjayanya sehingga berjaya menempa nama di persada dunia ditemani Rozi dan telah menganggap pengurusnya itu seperti kakak kandung beliau sendiri.

Sempena meraikan hari lahir pengurus yang dihormatinya itu, Siti menitipkan ucapan dan doa ikhlas buat insan yang sering menjadi tulang belakang serta orang kuat dalam hidupnya.

“Sannah helwah buat seorang insan yang seperti kakak kandung saya sendiri. Beliau menjaga saya lebih dari waktu menjaga anaknya, mengingati fakta tentang saya seperti perpustakaan bergerak. Insan yang saya sayang dan hormati..

Kak @rozisangdewi .. Semoga Allah swt terus berikan umur yang panjang serta berkah, rezeki melimpah ruah, iman yang tinggi, kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.. Aamin ya rabb.. Love you sis!!” titip Siti

via Instagram Siti Nurhaliza

Melihat ucapan yang ditulis Siti di Instagram itu, Rozi memberi ucapan balas dan menghargai kiriman istimewa penyanyi tersebut kepadanya.

“@ctdk awwww.. Tak tidur lagi ke tu, tunggu nak wish ya! Hahaha. Terima kasih ct, semoga apa jua yang ct doakan, akan menjadi doa terbaik buat kita semua. Terima kasih untuk segala-galanya.” Ucap Rozi

via Instagram Siti Nurhaliza

Krisdayanti Turut Kirim Ucapan Hari Lahir

Siapa sangka ucapan istimewa yang ditujukan buat pengurus penyanyi nombor satu negara itu mendapat respon daripada selebriti terkenal Indonesia, Krisdayanti. Penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia itu turut mencoret ucapan hari lahir buat Rozi diruangan komen.

“Tahniah kak Zyee panjang usia yang bahagia, ingat umur kerja saya pun hampir bersamaan dengan sayang jadi teringat itupun masa kenal kak @rozisangdewi . Allah jaga selalu ya sayang” ucap Kris

via Instagram Siti Nurhaliza

Melihat kiriman ucapan dari penyanyi tersohor negara seberang itu, Rozi memberi komen balas dengan mengucapkan terima kasih serta menghargai ucapan yang diberikan kepadanya.

“@krisdayantilemos terima kasih KD, selamat ultah juga buat kesayangan kamu @selbyanwar . Moga kita semua bisa ketemu lagi.” komen Rozi

Apa pun, selamat hari lahir buat pengurus kesayangan Datuk Sri Siti Nurhaliza.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Mendedahkan Beliau Mengalami Pendarah Dalam Rahim, Cetus Perhatian Ramai!
Dato Sri Siti Nurhalizakris dayantirozi razak
https://lomp.at/pb37s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara