Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dibandingkan Dengan Nabila Razali, Siti Sarah Titip Pesanan Buat Netizen

Dalam perkembangan berkaitan, Sarah dan Shuib muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta

by Khai Azfar
June 25, 2021
Share on Facebook

Penyanyi popular, Siti Sarah menitipkan pesanan buat seorang netizen berikutan membandingkan suaranya dengan penyanyi Nabila Razali.

Setiap Penyanyi Punyai Kelebihan Sendiri 

Nasihat isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu, setiap penyanyi mempunyai kelebihan tersendiri malah dia turut mengagumi Nabila yang pandai mencari peluang dan tidak mudah putus atas. Sarah berkata sedemikian selepas terdapat komen yang mendakwa suara penyanyi itu seperti tidak lunak di dalam lagu duet terbaharunya bersama suami tercinta.

“Maaf dik..Tapi sarah rasa, tak patut la nak bandingkan sarah dengn mana-mana penyanyi pun. Bagi sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke semua ada kelebihan masing-masing. Sarah sendiri sebenarnya sangat respect dgn @nabila.razali dia seorg bakat baru, suka berusaha, tak mudah putus asa & pandai cari peluang dalam bidang muzik. Dia pun baik & respect dengan sarah” tulis Sarah

Tidak Mudah Melatah

Tidak mudah melatah dengan teguran tersebut, sebaliknya bagi penyanyi yang pernah memenangi beberapa anugerah ini mengambilnya sebagai nasihat untuk memperbaiki lagi kelemahan vokalnya.

“Sebagai penyanyi yang dah dekat 20 tahun ini, Sarah sentiasa nak perbaiki kelemahan vokal .. cuma itu lah, tak tahu pulak ada kelas buat suara jadi moden. Suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la sarah betul-betul tak tahu, tak tahu.

Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas secara detail, lepas ini boleh sarah perbaiki dan cari cikgu vokal yang boleh ajar suara jadi moden. Sarah terbuka dengan semua komen sebab Sarah sndiri nak majukan diri Sarah” tambahnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Dalam perkembangan berkaitan, Sarah dan Shuib muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang merupakan ciptaan komposer, Ajai. Menjadi single kedua pasangan ini, mereka terlebih dahulu pernah muncul dengan lagu Cinta Itu Nyawa yang pernah dikeluarkan pada tahun 2012.

Melihat ini sebagai hadiah untuk isterinya yang sarat mengandung anak keempat, Shuib berharap agar lagu ini dapat diterima dengan baik.

“Kalau mahu kata puas hati, saya memang puas hati dengan penyampaian saya dalam lagu ini. Cuma kita tidak boleh harap perkara yang sama daripada semua pendengar. Bukan apa selepas sembilan tahun lagu terakhir saya dengan isteri, harus diakui memang agak mencabar”

“Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini. Selain berharap lagu SBSC dapat diterima dengan baik peminat,” kata Shuib pada media

Lagu ini sudah boleh distrim di semua platform digital dan lirik video boleh ditonton mulai 9 malam pada 22 Jun 2021.

YouTube video
Nabila Razali Bersuara Isu Bawa 'Stroller' Dalam Lif-"Penuh Dengan Pasangan Muda..."
nabila razalishuibsiti sarah
https://lomp.at/a8w17
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara