Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Skechers Perkenal Street™ Shadow Collection, Penuh Gaya & Selesa!

by Naddy Joe
May 30, 2025
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama global terkenal, Skechers kembali dengan fesyen Y2K dengan penuh gaya dan menghidupkannya di jalanan dengan keselesaan yang tiada tandingan.

Skechers memperkenalkan koleksi Skechers Street™ Shadow Collection, di mana rekaan inspirasi awal 2000-an bertemu dengan teknologi keselesaan terkini. Menampilkan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam®, dan outsole cengkaman fleksibel, koleksi baharu ini diketuai oleh Duta Jenama Serantau Skechers, Cha Eun Woo, dan semuanya mengenai melakukan gaya sambil kekal selesa ketika bergerak.

Direka untuk lelaki dan wanita, koleksi ini menampilkan dua siluet yang menonjol, Stellar OG yang sporty dan Stellar 90 yang anggun dan futuristik. Stellar OG tersedia dalam tiga kombinasi warna untuk lelaki (White Black, Mushroom, Black Grey) dan tiga untuk wanita (Off White, Pink, White Grey), manakala Stellar 90 mencuri perhatian dengan kemasan metalik silver dan gunmetal untuk lelaki,  black dan grey untuk wanita.

Berharga RM429, koleksi Skechers Street™ Shadow kini boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih termasuklah Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Height, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, serta secara dalam talian melalui Shopee, Lazada dan skechers.com.my.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Skechers menawarkan hadiah eksklusif dengan pembelian pelanggan yang membelanjakan RM550 dan ke atas (RM500 untuk ahli Skechers) akan menerima acrylic photocard stand Cha Eun Woo secara percuma, termasuklah photocard.

Pembelian mesti sekurang-kurangnya sepasang daripada siri Skechers Street™. Promosi berlangsung dari 1 hingga 31 Mei 2025, selagi stok masih ada.

skechers street shadow collection
https://lomp.at/5aqd7
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara