• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

SOGO i-City & 7 Apartment Shah Alam Catat Kes Positif COVID-19

by Khai Azfar
October 22, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Meskipun semalam angka jangkitan wabak COVID-19 dalam negara menyaksikan sedikit penurunan namun bagi beberapa buah negeri kes terus mencatatkan peningkatan dan ada diantaranya turut mewujudkan kluster terbaharu.

Selangor Catat Peningkatan Kes

Antara ‘tumpuan’ kes yang dilaporkan kini adalah di negeri Selangor dan Sabah yang mana hampir kesemua daerahnya telah menjadi kawasan merah (red zone). Dalam pada itu, bagi daerah Petaling yang mencatatkan antara kes tertinggi di Selangor terus merekodkan kes terbaharu di beberapa kawasan khususnya pusat membeli belah dan juga kawasan perumahan.

Kes Terbaru Di Seksyen 7 Shah Alam

Selepas enam buah kawasan perumahan di Shah Alam, terbaru sebuah lagi kawasan perumahan dilaporkan mempunyai kes terbaru malam tadi. Menerusi laporan BERNAMA, pesakit berumur 31 tahun itu telah menetap di Apartment Kristal, Seksyen 7 Shah Alam dan disahkan positif COVID-19 hasil ujian swab yang dilakukan di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Difahamkan dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Pengesanan kes positif di lokasi itu telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Ujian saringan pertama ke atas kesemua kontak rapat pesakit berkenaan didapati negatif dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediaman masing-masing.

“Pihak pengurusan Pangsapuri Kristal Heights akan menutup sementara kemudahan bersama di kediaman berkenaan termasuk dewan serba guna, taman permainan, gimnasium dan kolam renang hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” demikian menurut kenyataan tersebut

SOGO i-City Ditutup Sementara Waktu 

Dalam perkembangan lain, pusat membeli-belah Central i-City Shah Alam semalam turut mengesahkan bahawa terdapat satu kes dilaporkan oleh penyewa mereka, Sogo Shah Alam. Difahamkan, pekerja tersebut tidak menghadiri kerja sejak 16 Oktober lalu dan kini dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Dengan itu, SOGO turut mengumumkan penutupan operasi mereka serta merta berkuatkuasa semalam sehingga 30 Oktober ini bagi kerja-kerja sanitasi dan kesemua pekerja mereka diarahkan untuk membuat ujian pemeriksaan COVID-19.

Berikut adalah kawasan perumahan dan kawasan tumpuan di Shah Alam yang sudah merekodkan kes positif COVID-19 dalam premis mereka

  1. i-Soho, i-City Shah Alam
  2. Menara U2, Seksyen 13 Shah Alam
  3. Pangsapuri De Palma, Setia Alam, Shah Alam
  4. Apartment De Bayu, Setia Alam, Shah Alam
  5. Apartment Seri Baiduri, Setia Alam, Shah Alam
  6. Apartment Seri Intan, Setia Alam, Shah Alam
  7. Apartment Kristal Seksyen 7, Shah Alam
  8. Central i-City Shah Alam
  9. Setia City Mall
covid-19kawasan covid-19
https://lomp.at/s1403
Share14Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore