Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sudah Menjadi Rakan Karib Selama 17 Tahun, Mamat Mahu Satukan Kembali Jep Dan Shuib Di Kedai Kopi

by Puteri Alia
July 10, 2023
510
KONGSIAN
Share on Facebook

“Tiada maaf bagimu.”

Ayat itu begitu ringkas dan padat. Namun, sudah cukup untuk mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan ampun tersebut.

Andai kata, ayat tersebut yang terdetik dalam hati, pastinya golongan berkenaan terlupa bahawa tiada manusia di dunia yang tidak berbuat kesalahan. Sudah tentu ada kekhilafan di mana-mana.

Benar, bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapkannya hanya pada bibir. Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.

Bahkan suasana harmoni, aman dan tenteram, jauh daripada rasa permusuhan adalah keinginan setiap orang.

Untuk menikmati kehidupan yang harmoni, aman dan penuh kedamaian itu setiap individu perlu mempunyai tabiat berlapang dada, suka memberi maaf kepada sesiapa pun yang berbuat salah.

“Dapat minum kopi bertiga pun dah cukup”.

Berbahas soal ini, demikian luahan bekas anggota Sepah, Mamat atau Mohd. Nor Murad yang pernah terfikir untuk menemukan dua sahabat baik yang kini dingin, Jep dan Shuib dalam suasana santai seperti suatu ketika dulu.

Sebagai individu yang menghimpunkan kumpulan itu sekitar 17 tahun lalu, pelawak itu berasa bertanggungjawab menjernihkan semula hubungan antara sesama rakan karibnya demi sebuah ukhwah.

“Saya kumpulkan Jep dan Shuib pada sekitar 2006. Ditakdirkan kami menang dan kemudian menjadi juara lagi. Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting.

“Saya pun tak sangka terjadinya isu sebegini dan soal perpecahan berbangkit. Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka, tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sibuk.

“Saya pun suka dapat duduk sekali dengan mereka sambil mengenang kisah lampau kami, bergelak ketawa, bukan bercerita hal kerja. Sebenarnya kami ada kod bahasa kami sendiri,” katanya.

Mengakui rindukan momen bersama rakan-rakannya, selebriti asal Johor itu turut mendedahkan sering berjumpa Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin sementelah dengan Shuib, mereka berhubung ketika kenduri pernikahan usahawan tersebut.

“Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” katanya.

Sebelum ini, kemelut antara Jep dan Shuib atau Shahmira Muhammad tampak ketara selepas pelawak itu tidak menyertai jelajah reunion Sepahtu, tetapi menerima undangan terbabit dengan program lawak bersama kumpulan lain.

[VIDEO] Gelagat Shuib Sambut Watie Hanifiah, Curi Perhatian Netizen!-"Part Sapu-Sapu Perut Tuuu..."

Bagi memperjelaskan situasi Jep mendedahkan punca rakannya itu meninggalkan Sepahtu, namun situasi semakin panas apabila ibu Shuib seakan-akan memberi komen balas, selain Jep turut mendedahkan tidak dijemput ke kenduri kahwin sahabatnya itu, baru-baru ini.

jep sepahtumamat sepahtushuib
Share204Tweet128SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem