Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Susah Hati Fikir Adik-Beradik Tertindas Di Bumi Berdarah, Mentua Ramona Zam-Zam Tak Berhenti Tonton Berita Palestin

by Puteri Alia
October 19, 2023
Share on Facebook

Tidak hanya bersatu hati menentang serangan Israel ke atas Palestin, situasi meruncing di Gaza turut mengganggu emosi mentua pelakon Ramona Zamzam sehingga mengasingkan diri di dalam bilik mengenangkan nasib saudara-mara yang masih berada d bumi berdarah itu.

Katanya, kerisauan ahli keluarga mentuanya semakin menjadi-jandi sejak serangan balas Israel ke atas Gaza sekitar dua minggu lalu.

Malah laporan perkembangan terkini di Gaza dengan catatan angka korban tinggi, termasuk serangan bom di sebuah hospital mengakibatkan emosi bapa mentuanya semakin terganggu sehingga menjejaskan rutin harian.

“Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan beritahu yang dia nak luang lebih banyak masa dengan ‘seedo’ (panggilan atuk dalam bahasa Arab).

“Dia pergi dan beberapa minit kemudian dia datang semula dan maklumkan datuknya enggan luangkan masa bersamanya dengan alasan mengantuk.

“Saya kata, biarlah seedo tidur. Dia mungkin penat. Namum anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur,” tulis Ramona dalam hantaran Instagram.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, mentuanya mengakui sengaja mengelak daripada meluangkan masa bermain dengan cucu kerana enggan anak kecil itu terkesan melihat impak keganasan Israel.

“Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna, dia mengaku terpaksa berbohong.

“Dia sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tidak mahu Ivanna melihat video pembunuhan yang boleh mengganggu fikiran,” luahnya.

Menurut pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam, 33, itu, kekejaman Zionis mengakibatkan fikiran anggota keluarga suaminya tidak tenang. “Sejujurnya, fikiran kami sangat terganggu sejak beberapa minggu ini. Anak kecil saya tidak tahu apa-apa.

“Kalaulah anak saya tahu yang datuk dan neneknya berasal dari Gaza dan mereka sangat terpukul menonton laporan berita setiap hari,” luah lagi.

Suami Ramona, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin telah hidup berpindah-randah, termasuk di Greece, Qatar, Libya, Bulgaria, Yemen, China dan terakhir menyambung pengajian di Kuala Lumpur.

Rami mendirikan rumah tangga dengan Ramona pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia enam tahun.

Ramona Zam Zam
https://lomp.at/sp0rm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
Lokal

Maria Farida Kongsi Momen Hari Lahirnya, Netizen Terpegun!-“Sentiasa Cantik..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Perkongsian pelakon dan model terkenal Malaysia, Datin Seri Maria Farida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen hari lahirnya yang ke-57,...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara