Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Sushi King Yee Sang Kembali Lagi Sempena CNY & Hadiah Bernilai RM528,888 Menanti Anda

by Phic ARMAN
January 19, 2022
Share on Facebook

Sebut sahaja makanan sushi, sudah semestinya rakyat Malaysia akan memikirkan restoran popular Sushi King. Tak perlu diperkenalkan lagi, restoran ini sudah menjadi pilihan utama setiap orang yang ingin menikmati sushi sedap, harga berpatutan, dan mudah untuk didapati.

Sempena Tahun Baru Cina (CNY) tak lama lagi, salah satu hidangan utama yang dinanti-nantikan orang ramai ialah Yee Sang . Anda akan melihat banyak restoran di luar sana yang menawarkan menu mereka sendiri untuk hidangan popular ini, dan tiada makan malam perjumpaan yang lengkap tanpanya.

Setahun Sekali Muncul! Sushi King Yee Sang Kembali Lagi

Kini, Sushi King sekali lagi memperkenalkan menu Sushi King Yee Sang. Sudah pastinya ramai yang ternanti-nanti menu ini yang hanya muncul setahun sekali sempena menyambut CNY. Malah ia menjadi acara tahunan untuk Sushi King yang sememangnya rugi jika terlepas.

Menu ini sangat sinonim kepada jenama ini kerana mereka menyediakan Yee Sang yang berkualiti dan menu makanan Jepun pada harga berpatutan dalam persekitaran yang mesra untuk keluarga dan rakan-rakan.

Yang paling penting, hanya di Sushi King, mereka  menggunakan bahan-bahan segar dan Salmon berasal dari Norway.

Sememangnya menu Sushi King Yee Sang ini sudah menjadi acara tahunan Sushi King.

Boleh Menang Banyak Hadiah Menarik Bernilai RM528,888

Lebih menarik lagi, sempena CNY ini, Sushi King mengadakan peraduan menarik iaitu ‘Spin And Win’ yang pastinya menjanjikan hadiah yang luar biasa buat semua. Peraduan ini istimewa buat pelanggan yang berjaya memuat turun aplikasi Sushi King MY di telefon pintar masing-masing. Boleh muat turun di sini.

Nak tahu apa yang anda dapat?

Pelbagai hadiah boleh dimenangi bernilai RM528,888, termasuklah gelang emas serta jongkong emas dengan harga mencecah RM1,500 untuk setiap satu.

Hadiah termasuklah gelang emas serta jongkong emas yang cukup eksklusif sempena CNY

Dalam pada itu, sekiranya anda berbelanja RM68 dalam satu resit untuk mendapatkan sampul duit atau Ang Pow Sushi King secara eksklusif, anda juga berpeluang menyertai peraduan Spin & Win di Aplikasi Sushi King MY.

Sampul duit atau Ang Pow Sushi King secara eksklusif untuk dimenangi dengan peraduan Spin & Win

Jangan ketinggalan untuk merebut peluang hebat ini dan sekiranya anda bertuah sudah pasti perayaan hari CNY tahun lebih bermakna. Untuk maklumat lanjut tentang Sushi King Yee Sang dan peraduan ‘Spin & Win’ sempena perayaan CNY tahun ini, sila layari Facebook Sushi King dan Laman Web ini.

SUSHI KING
https://lomp.at/0d4dl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara