• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Syada Perjelas Konflik Dengan Shila Amzah-“Nak Bergaduh Pun Kami Bukan Bercakaran…”

by Naddy Joe
August 22, 2024
Share on Facebook

Penyanyi, Syada Amzah memberikan penjelasan berhubung kemelut keluarga yang turut melibatkan kakaknya, Shila Amzah yang terdahulu menjadi bualan ramai.

Malah, perkongsian video Syada sempena hari lahir Shila Amzah turut mencuri perhatian netizen yang berharap agar konflik keluarga ini akan kembali jernih.

Masih Berhubung

Syada Amzah ketika ditemui Murai MY, menyatakan bahawa Shila masih membalas pesanan mesejnya serta berpendapat tidak menjadi satu masalah untuk mereka berhubung.

“Ada. we actually texted. Kami memang ada mesej cuma video itu sebagai double present to long text yang dalam WhatsApp. Memang tak ada masalah untuk kami berhubung.

Cuma bila orang fikir benda tu sebagai negatif, saya rasa tak apalah. Sebab orang tidak tahu dan saya rasa perkara tu siapa-siapa pun tak perlu tahu.

Nak bergaduh pun kami bukan bercakaran. Tapi its a normal siblings punya momen. Nak kata gaduh pun, tidak ada dan sekarang ini hubungan kami normal. Nothing happen.”-jelas Syada

View this post on Instagram

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

“Kami Semua Rindu Dia…”

Memberi penjelasan mengenai video sempena hari lahir kakaknya itu, Syada berkata, ia hanyalah sekadar berkongsi perasaan rindu terhadap kakaknya itu.

“Kami semua rindu dia. Obviously adik-beradik perasaan rindu tu macam even baru jumpa masuk kereta pun rindu balik sebab darah daging kan.

Actually wish tu termasuklah video yang dimaksudkan tak ada makna apa-apa pun. As if like, it’s not untuk orang luar jadikan apa-apa isu sebab saya percaya my own siblings in a way dan saya rasa itu hanyalah sekadar cara bagaimana saya menunjukkan penghargaan. Lebih dari itu, tidak ada maksud lain.”-kata Syada

Syada Amzah ditemui Murai MY pada majlis pelancaran album terbaharu penyanyi, Amir Jahari berjudul ‘Kembali’ di The Curve, Damansara, semalam.

Apa komen anda?

[VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-"Boleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelas"
shila amzahsyada amzah
https://lomp.at/hu1no
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  4. 4

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore