Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat di Kuala Lumpur.

Kongsi Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal di Instagram, dia mengakui dia pernah merasa malu untuk bercerita bahawa dia tinggal di rumah flat bersama Opah, namun baru-baru ini dia kembali mengimbas kenangan dengan rasa bangga menjadi anak yang dibesarkan dengan suasana yang sederhana.

“Dulu Syasya pernah malu nak cerita yang Syasya duduk flat dengan Opah. Hari ni Syasya balik semula bawa suami, bawa kenangan, dan bawa rasa bangga jadi anak yang dibesarkan dengan cinta yang sederhana. 💜✨.”-kongsi Syasya di Instagram

View this post on Instagram

“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada…”

Tambahnya lagi, Opah turut menitipkan pesanan bahawa hidup ini bukanlah mengenai apa yang kita ada, tetapi siapa yang tetap ada ketika kita tidak mempunyai apa-apa.

“Ramadan kali ini terasa lain. Hari ini Syasya balik ke rumah Opah dan kali ni Syasya tak balik sorang, Syasya bawa Nas. Naik lif lama yang bunyinya masih sama setiap tingkat. Terasa macam bawa Syasya balik ke versi diri yang dulu.

Flat kecil ni lah dulu tempat Syasya membesar. Tempat Syasya belajar kuat. Walaupun hidup terasa sederhana, hari ini sebenarnya Syasya balik nak ambil baju kurung lama je, tapi entahlah rasa emosi ni berbeza sedikit.

Waktu Opah buka almari lama ni balik, bau kain, hanger, lipatan Opah semuanya masih sama dan Opah cuma senyum dan pesan perlahan. ‘Hidup ini bukan tentang apa yang kita ada Syasya, tapi siapa yang tetap ada waktu kita tiada apa. Ayat tu ringkas je kan, tapi entah kenapa rasa berat betul hati ini.”-tambah Syasya

Netizen Puji

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran Syasya mengenai kesederhanaan, malah ramai yang memuji penghijrahan positif bekas ahli kumpulan DOLLA ini.

“Husband tu yang beruntung sebenarnya. Dapat isteri yang pernah berada di kemuncak dunia, tinggalkan semuanya dan merendah diri. Tak pernah rasa malu dari mana dia datang. Tahniah husband dan Syasya.”

“Semoga Syasya dan keluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan baik-baik sahaja untuk semua 🤲🏻.”

“Tahniah Syasya…realiti mcm ni la yang perlu banyak dikongsi di medsos. Menyuntik jiwa tentang realiti kehidupan. Bersyukur dengan apa yang ada, hargai siapa yang sentiasa ada….kekurangan mengajar kecekalan, kasih sayang sejati mekar tanpa batasan🤍🤍.”

“Betul sis….sederhana itulah paling indah dan ikhlas. Saya sokong😍😍😍 murah rezeki you sekeluarga.”

Apa komen anda?

[VIDEO] Syasya Rizal Kembali Menyanyi, Netizen Semakin Teruja Melihat Perubahannya!
Syasya Rizal
https://lomp.at/o2omb
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara