Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Syazwan Zulkifly Nafi Jadi Pelakon ‘Demand’ Lepas Menang FFM – “Kalau Menang Dulu, Mungkin Dah Lain Cerita!”

by Puteri Alia
November 10, 2025
Share on Facebook

Pelakon berbakat, Syazwan Zulkifly menafikan dakwaan kononnya dia mula ‘demand’ bayaran tinggi selepas merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi watak Jaki dalam filem Blood Brothers: Bara Naga di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) baru-baru ini. Menurut Syazwan, kemenangan itu tidak mengubah sikapnya sebagai pelakon kerana dia masih orang yang sama dan tidak pernah meletakkan nilai bayaran sebagai keutamaan.

“Saya harap tiada perubahan dalam cara saya bekerja selepas menang anugerah kerana saya masih Syazwan yang dulu. Kalau pihak produksi nak tambah bayaran, mereka akan cakap sendiri dengan saya. Tapi kalau tidak, saya okey saja. Nasib baik saya menang anugerah sekarang. Kalau menang awal-awal dulu, mungkin saya dah mula ‘demand’,” katanya sambil ketawa ketika ditemui pada majlis pelancaran filem dan lagu Tanda Kasih, runut bunyi kepada filem Penghukum: Nusantara Assassin.

Syazwan yang sudah 15 tahun bergiat dalam dunia lakonan berkata, setiap watak yang diterima dianggap satu amanah yang harus digalas dengan penuh komitmen. Baginya, disiplin dan kesungguhan adalah kunci utama untuk kekal relevan dalam industri hiburan yang semakin mencabar.

“Saya serius dengan kerjaya sebab ini saja kerja yang saya ada. Saya percaya kalau tak buat betul-betul hari ini, orang akan hilang minat nak tengok kita. Jadi setiap kali masuk set, saya cuba beri yang terbaik dan tak pernah buat kerja sambil lewa,” ujarnya.

Pelakon berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia tidak tamak mengejar tawaran semata-mata kerana lebih mementingkan kualiti kerja serta keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Dia mengakui pernah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan selepas kehilangan ibunya pada penghujung tahun lalu.

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

“Saya bukan jenis nak buat semua benda dalam satu masa. Waktu itu saya berhenti sebab nak fokus pada keluarga. Rezeki tetap ada kalau kita ikhlas dengan kerja. Walaupun ada waktu senyap, saya tahu sebab saya berhenti dan itu pilihan saya sendiri,” jelasnya.

Dalam masa sama, Syazwan turut menyatakan keterbukaannya untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sekiranya diberikan peluang. Katanya, pengalaman panjang dalam industri tempatan memberi keyakinan untuk mencuba sesuatu yang lebih besar.

“Saya sentiasa bersedia untuk belajar perkara baharu. Kalau ada peluang ke luar negara, kenapa tidak? Tapi buat masa ini, saya masih fokus dengan kerja di sini dan mahu terus buktikan kemampuan saya melalui hasil lakonan yang jujur,” katanya penuh semangat.

Syazwan Zulkifly
https://lomp.at/9r5yl
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara