Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Syean Kembali Berlakon Setelah 5 Tahun Menyepi!

Setelah hampir 5 tahun berehat, figura yang berusia 45 tahun ini kembali beraksi.

by Jash Lee
March 5, 2022
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin masih ada yang mengenali Syed Nahar Bin Syed Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Syean yang muncul di persada seni sekitar tahun 1995.

Pernah Menyertai Kumpulan Boys R Us

Sepanjang penglibatannya, Syean pernah menghasilkan album yang berjudul Kasihku Abadi sewaktu bersama kumpulan Boys R Us pada tahun 2000 bersama pelakon, Erry Putra. Namun sayangnya, pada tahun 2001, kumpulan tersebut telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu.

Tidak berputus asa, Syean kembali melibatkan diri dalam dunia lakonan pada awal tahun 2002 dan  diberi kepercayaan untuk membawakan watak sebagai teraju utama untuk drama ‘Andainya Ada Cinta’ yang digandingkan bersama beberapa pelakon popular tanah air.

Punca Lama Menyepi

Menyepikan diri dari  industri seni untuk sebuah tempoh sebenarnya telah membuatkan hati selebriti ini  berasa sangat sedih. Namun atas beberapa perkara yang terjadi, dia pasrah dan terus menjalani kehidupannya seperti biasa. Menurut Syean, salah satu sebab dia berbuat demikian adalah kerana ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan melihat sendiri anak-anaknya membesar didepan mata.

Selain itu, dia juga  terkilan dengan bayaran yang di anak tirikan  kepada pelakon-pelakon senior. Pada Syean,  bayaran yang diterima perlu berbaloi dengan komitmen yang diberi.

Pasrah dan redha  dengan segala ketentuan, Syean menganggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi dalam industri untuk bergelar anak seni.

Dalam tempoh berehat panjang, Syean telah mendekatkan diri dalam agama dan menyambung pengajian serta menetap sepenuhnya di salah sebuah sekolah pondok di Pahang selama hampir 2 tahun. Bersyukur berkat dari pengajiannya itu, Syean merasakan dirinya lebih tenang dalam segala perkara yang berlaku.

Kembali Berlakon

Kini setelah hampir 5 tahun berehat, figura yang berusia 45 tahun ini kembali beraksi. Dengan imej yang baharu, Syean yang sememangnya masih segak bergaya meluahkan rasa gembira dapat kembali berlakon.

Menurut Syean ketika ditemui Murai.my, keputusannya untuk bersetuju melakonkan watak dalam sesebuah drama dibuat setelah meneliti skrip dan produksi serta pengarah yang akan mengarahkan drama tersebut. Dia juga berharap agar dirinya akan diterima semula.

Pendapat Syean Tentang Pelakon-Pelakon Baru

Dalam perkembangan lain, Syean berpendapat industri sememangnya memerlukan pelapis-pelapis baru bagi memegang watak yang bersesuaian.

“Dalam dunia seni, kita ada 2 ungkapan yang perlu kita simpan iaitu sedar diri dan sedar ruang. Sedar diri, peralihan fasa usia kita dan sedar ruang dimana kita berada waktu ini.” kata Syean

Bagaimanapun, dedahnya terdapat  segelintir pelakon baru kurang disiplin dan besar kepala. Perkara seperti ini baginya telah menyusahkan ramai pihak bukan sahaja pelakon malahan pengarah dan teknikal krew.

Untuk rekod, Syean telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

pelakon lelakisyean
https://lomp.at/9hefm
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”-Marissa Dania

by Naddy Joe
April 1, 2026

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara