Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Syifa Melvin Selamat Lahir Bayi “Pelapis Pemain Bola Sepak”, Safawi Rasid Beri Nama Anak Saif Sulaiman

by Puteri Alia
October 2, 2023
Share on Facebook

Pelakon Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberikan nama Saif Sulaiman Muhammad Safawi sekitar pukul 5.28 petang kelmarin.

Berita gembira tersebut dikongsikan isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rashid itu dalam laman sosialnya.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, itu turut meluahkan kesyukuran dengan kelahiran si kecil di sebuah pusat perubatan di Johor.

“Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang. Saif Sulaiman,” tulisnya menerusi Instagram Story.

Perasaan gembira juga diluahkan suaminya yang membuat perkongsian detik bermakna terbabit buat tatapan pengikutnya.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, jam 5.28 petang,” katanya.

Semalam, Safawi, 26, memuat naik gambar memakai pelitup muka dipercayai berada di hospital bagi menanti kelahiran anak pertama mereka.

Pasangan sensasi itu mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu, namun hanya berkongsi berita kehamilan ketika kandungan sudah memasuki enam bulan.

[VIDEO] Syifa Melvin Bakal Timang Anak Perempuan
Safawi RasidSyifa Melvin
https://lomp.at/i02zu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Lokal

‘Repost’ Ruhainies Di Thread Undang Kecaman Netizen-“Dia Acah Mangsa Tapi…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Nama pelakon, Ruhainies menjadi bualan di media sosial disebabkan tindakannya yang menyiar semula (repost) hantaran salah seorang netizen di Thread,...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara