• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Tahniah! Siti Khadijah Meluaskan Empayar Antarabangsa Ke Singapura

by Aphit J.
July 30, 2023
Share on Facebook

Kumpulan Siti Khadijah (“Siti Khadijah”), syarikat kelahiran Malaysia membuka pintunya untuk pertama kali di Arab Street, Singapura.

Negara Ketiga Selepas Malaysia Dan Indonesia

via Siti Khadijah

Pembukaan butik di Singapura ini merupakan negara ketiga selepas Malaysia dan Indonesia. Diasaskan pada tahun 2009 oleh Padzilah Enda Sulaiman, Siti Khadijah dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW.

Siti Khadijah menumpukan pada penghasilan pakaian solat yang inovatif yang dibuat dengan reka bentuk muka yang dicipta oleh jenama Siti Khadijah.

Bukan hanya mengeluarkan produk telekung, Siti Khadijah juga mengeluarkan produk gaya hidup seharian seperti pakaian lelaki dan wanita, hijab, sejadah, bag dan lain-lain yang juga boleh didapati di butik yang baru dibuka di Singapura.

Mendekatkan Produk Kepada Rakyat Singapura

via Siti Khadijah

Dengan slogan ‘Selesa Luaran Tenang Dalaman’, jenama itu telah meningkatkan standard pakaian solat sejak ia melancarkan reka bentuk pertamanya.

Jenama ini bertujuan untuk mengembangkan operasi perniagaan di Singapura untuk mencapai matlamat yang disasarkan iaitu untuk mendekatkan produk kepada rakyat Singapura serta menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara Singapura.

Dalam tempoh pelancaran ini, pelanggan Siti Khadijah Singapura boleh menikmati baucar bernilai SGD20 dengan perbelanjaan minimum SGD100 dalam satu resit di butik Siti Khadijah Singapura.

Mempertingkatkan Pertumbuhan Seluruh Dunia

via Siti Khadijah

Siti Khadijah akan menumpukan pada skala perniagaan dan pertumbuhannya terutamanya dalam pasaran antarabangsa untuk meliputi bukan sahaja rantau Asia Tenggara tetapi juga di seluruh dunia.

Pasaran yang semakin berkembang dan kesesuaian jenama yang kukuh menyediakan asas yang baik untuk Siti Khadijah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ‘omnichannel’ di seluruh dunia.

Siti Khadijah terus komited mengikuti trend dan permintaan terkini industri dengan memastikan keselesaan dalam produk serta koleksinya.

Ini juga selaras dengan falsafah Siti Khadijah iaitu untuk ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat’ demi mengekalkan keaslian melalui ciptaan produknya.

Siti Khadijah
https://lomp.at/0vtcz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bisnes

Projek Penyu Shell-Ter: Apabila Seni dan Alam Bersatu Demi Kelestarian!

by Aphit J.
November 8, 2025

Sempena ulang tahun ke-70 Kumpulan YTL, YTL Cement melalui sayap tanggungjawab sosial korporatnya, BUILDS, melancarkan Projek Penyu Shell-Ter dengan kerjasama...

Read more
Bisnes

Self-Care Time! Bubble Gum X Rai 14 Tahun Dengan Promosi & Aktiviti Menarik

Bila sebut sahaja Bubble Gum X (BGX), ramai mesti teringat pada rawatan kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti tapi masih...

Read more
by Phic ARMAN
October 26, 2025
Bajet

Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Semak Dividen ASB Secara Online 2025

Setiap hujung tahun, geng pelabur ASB mesti berdebar tunggu pengumuman dividen. Maklumlah, inilah masa paling best nak tengok “hasil” duit...

Read more
by Phic ARMAN
September 17, 2025
Bisnes

Agartana Orchard: Siapa Sangka Pokok Gaharu Boleh Jadi Pintu Harapan & Rezeki

Ramai orang kenal gaharu sebagai kayu wangi mahal, selalu ada dalam minyak atar, lilin atau wangian eksklusif. Tapi sebenarnya, pokok...

Read more
by Phic ARMAN
November 11, 2025
Bisnes

Safee Sali Bangga Dengan Ahmad’s- “Ia Bukan Sekadar Jenama Makanan”

Kalau sebut nama Safee Sali, ramai yang akan teringat detik-detik emas bola sepak Malaysia dulu, gol kemenangan, sorakan penuh semangat,...

Read more
by Phic ARMAN
October 31, 2025
LifeXplore

“Luar Nampak Garang, Tapi Dia Sebenarnya…”- Reen Rahim Kongsi ‘Asam Garam’ Uruskan Perniagaan Dengan Suami

MURAI mahu ceritakan  sedikit pasal Reen Rahim yang bukan saja cantik dan berbakat, tapi pandai urus bisnes dengan suami, Hazim...

Read more
by Phic ARMAN
December 9, 2025
Bisnes

Tenun Dastar Sabah: Dari Kampung Ke Pentas Dunia Dengan Cipela

Kalian tahu tak, kain tenun tradisi masyarakat Iranun Sabah yang orang panggil Dastar sekarang dah jadi bualan ramai? Baru-baru ni,...

Read more
by Zaidin Albert
September 29, 2025
Bisnes

Cara Jimat Minum Kopi Ala Kafe di Rumah

Ramai yang suka singgah kafe setiap pagi, tetapi jika dikira setahun, harga secawan latte harian boleh jadi beban. Menariknya, kopi...

Read more
by Naddy Joe
September 11, 2025
Bajet

Baucar Tenang 3.0: Backup Padu Bila Musibah Datang Tiba-Tiba, Ini Cara Mudah Nak Tebus

Mulai 1 September 2025, geng yang terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh sapu baucar RM30 bawah program Perlindungan Tenang 3.0...

Read more
by Phic ARMAN
September 12, 2025
Bisnes

TRAXX Trade Talk: Segmen Baharu di TRAXXfm

Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan segmen terbaru di stesen radio berbahasa Inggerisnya, TRAXXfm. TRAXXfm Perkenal...

Read more
by Aphit J.
October 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

  5. 5

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore