Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tahu Impak Berpakaian Seksi Akan Dikecam, Alya Iman Tetap Dengan Pendirian Mahu Tonjolkan Diri Sebenar

by Puteri Alia
July 27, 2023
Share on Facebook

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

“Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam”.

Berbahas soal itu, demikian respons pelakon Alya Iman yang tampil seksi ketika menghadiri sidang media Anugerah Telenovela di ibu negara, semalam.

Bagaimanapun, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu tetap dengan pendirian ingin menonjolkan dirinya yang sebenar.

Dalam masa sama, Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 22, berharap orang ramai dapat menerima penampilan terkininya.

“Saya fikir ini ialah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang dapat menerima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Ditanya sama ada Alya memberikan tumpuan kepada komen dalam media sosial, dia akui tetap membaca walaupun sudah dilarang.

“Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap buat. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali.

“Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya.

Semalam, pelakon Ku Punya Hati itu tampil mengayakan gaun hitam tanpa lengan dengan ditemani abangnya.

Sebelum ini, Alya mengejutkan ramai apabila tampil tidak bertudung ketika sambutan 1 Syawal lalu.

Tindakan tersebut dilakukan atas sebab aktres itu tidak mahu hipokrit dan ingin menonjolkan dirinya sendiri

Alya Iman Akui Rapat Dengan Amir Ahnaf-"Kami Dah Lama Kenal"
Alya Iman
https://lomp.at/l5p1g
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara