Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Tak Boleh Percaya, Nanti Syirik”- Nabila Huda Beri Ulasan Tentang BLACK

by Phic ARMAN
December 16, 2019
Share on Facebook

Sekiranya anda suka drama bersiri Goblin yang mempunyai watak utama sebagai malaikat pencabut nyawa, anda harus menonton drama bersiri BLACK yang disiarkan menerusi Viu Originals bermula 17 Disember.

Aplikasi penstriman tontonan Viu boleh dimuat naik menerusi Apple Aps Store dan Google Play untuk pengguna Android.

Nabila Huda Memegang Watak Sebagai Aisya

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Apa yang menarik, drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon hebat yang terkenal dengan watak-watak berat iaitu Nabila Huda. Kali ini Nabila memegang watak sebagai Aisya yang merupakan seorang doktor yang mempunyai kisah hitam sewaktu usia kecilnya.

Murai MY berpeluang menemubual secara eksklusif dengan Nabila berkongsi sedikit pengalaman kali pertama bekerja dengan produksi Alpha47 dan muncul di Viu original series.

“Tiada kesukaran, ini kali pertama saya bekerja dengan Alpha47 & Viu Originals, satu pengalaman yang saya tak pernah alami dari mana-mana produksi lain. Lagi-lagi mereka sangat menjaga masa, jadual dan semuanya sangat prefesional”- katanya

Dikenali sebagai pelakon yang sering memegang watak-watak yang berat, Nabila diakui watak Aisya menjadi forte dirinya.

“Bagi saya, tidak terlalu mencabar untuk menjalani penggambaran drama ini cuma watak Aisya yang dibawakan agak mendalam. Tapi itu adalah forte saya untuk membawa watak yang berat. “

Bertanya mengenai perbezaan menonton drama atau filem di TV dan di aplikasi penstriman tontonan Viu, Nabila ada jawapannya;

“Memang berbeza, kalau anda lihat pada kualiti drama dan filem di Viu memang lain dengan TV tempatan. Saya memang dah lama teringin untuk berlakon dari produksi yang sebegini hebat dari aspek sinematografi dan alur cerita yang kuat”- katanya

Adaptasi Dari Drama Bersiri Korea

Murai MY berpeluang menonton tayangan perdana episod 1 yang diadakan di GSC, Mid Valley hari ini. Sebenarnya drama bersiri ini diadaptasi dari drama korea dengan judul yang sama namun diberi suntikan idea yang berbeza supaya bersesuaian dengan masyarakat di Malaysia.

Black ‘versi’ Malaysia berkait rapat dengan alam Bunian di mana ia mengisahkan seorang bunian diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia.

“Tak Boleh Percaya, Nanti Syirik”

Kredit Foto: IG Nabila Huda

Bercakap mengenai alam Bunian, kewujudan alam bunian sememangnya mencetuskan misteri membingungkan buat masyarakat di negara ini. Bagi Nabila, dia tidak mempercayainya tapi tahu ramai yang pernah mengalaminya.

“Dalam realiti sebenarnya saya tak percaya, tapi saya tahu benda ini ada lagi-lagi di negara Asia termasuk di Malaysia. Semua negara ada cerita masing-masing, kalau kita mendalaminya dengan lebih terperinci kita akan jadi takut.

“Kita tahu benda itu wujud dan pernah terbaca dalam akhbar tapi kita tak boleh percaya, nanti jatuh syirik! Sesetengah orang ada pernah melalui pengalaman itu, sekiranya kita tidak pernah mengalaminya, kita kena teruskan hidup seperti biasa”- katanya

Bertanya mengenai perkembangan terbaru, Nabila kini sedang menjalani penggambaran filem KL Gangster Underworld musim ke-2 untuk Netflix. Selain berlakon, dia kini mengendalikan sebuah talkshow yang membincangkan isu semasa berjudul Curhat di Astro Prima.

Sinopsis BLACK

BLACK menceritakan kisah seorang wanita bernama Sofia lakonan Siti Saleha yang mempunyai keupayaan untuk melihat bayang-bayang kematian seseorang yang akan mati. Jika Sofia menyentuh bayang-bayang, dia dapat mengetahui cara mati.

Pada suatu hari, dia bertemu detektif bernama Malik lakonan Kamal Adli. Kerana detektif itu percaya kepada kebolehannya, Sofia juga meminta Malik untuk membantu orang yang memiliki bayang-bayang kematian.

Dalam satu kes, Sofia secara mendapat tahu seseorang akan mati dengan ditembak di kepala apabila dia di sebuah pusat membeli-belah, Sofia segera meminta Malik untuk mendapatkan bantuan. Tetapi malangnya, apabila dia berjaya mencegah situasi itu, Malik pergi ke pusat membeli-belah, akhirnya dia adalah tebusan dan ditembak di kepala.

Setelah dikejarkan ke hospital, sesuatu hal diluar jangkaan telah berlaku. Benarkah Malik kembali hidup semula selepas dirasuki bunian untuk menyelesaikan sebuah misi?

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Viu pada telefon pintar anda dan mula tonton siri BLACK 17 Disember ini.

https://lomp.at/g75ju
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Kesal Marissa Dicaci Isu Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Turut Tegur Sikap Aslam-“Buat Main Anak Orang…”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi respon terhadap komen-komen netizen berhubung susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh...

Read moreDetails
Lokal

Zarina Anjoulie Bersuara Isu Sarah Yasmine, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Anju Better You Diam Je..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil bersuara selepas pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine yang mendapat kecaman netizen di media sosial mengenai isu...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara