Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa dengan bekas suami, Aliff Aziz.
Dakwaan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas seorang pengguna platform Threads (@cik_epal_masam) memuat naik hantaran, mendedahkan sikap ‘sebenar’ Bella.
“Gedik betul Bella Astillah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun. Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed Saddiq menggatal boleh pula.”
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah mencuri perhatian adik penyanyi itu, Didi Astillah. Tidak dapat mendiamkan diri melihat kakaknya dikecam sesetengah pihak, Didi dengan tegasnya meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi tanpa mengetahui hal sebenarnya.
“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang tapi tak tahu the whole story.”
Bersetuju dengan komen daripada Didi, sesetengah pengguna media sosial turut menyelar tindakan individu yang menuduh Bella tanpa sebarang bukti.
“Bertahun-tahun? Baru 2 tahun. Tahun lepas adik Alip kan nikah kat KL, langsung taknak datang jumpa anak. Berkali-kali kantoi dating ruhanat pon takde usaha jenguk anak. Gi KLFW elok je, taknak tengok anak. Tahun ni 2 kali Bella bawak anak-anak gi teman niaga kat Singapura, pun taknak tengok anak. Yang datang jumpa siapa? Sepupu YB dan ex classmate Alip.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada September 2016, dan mereka bercerai buat pertama kali pada Mei 2019 sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.






