• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Tak Mahu Lagi Dipanggil Krisdayanti, Penyanyi Indonesia Ini Kini Tukar Nama

by Puteri Alia
May 11, 2023
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa namamerupakan alamat atau tanda pengenalan bagi seseorang.

Oleh itu, pemberian sesuatu nama itu merupakan sesuatu kewajipan agar mudah dipanggil.

Dengan wujudnya nama, maka seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah.

Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan duniawi menjadi sukar dan mustahil seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.

Justeru ada yang selesa memilih nama yang ringkas untuk diberikan kepada anak mereka, namun ada pula yang suka nama yang panjang.

Tidak kurang juga mereka yang memberikan gabungan nama antara ibu dan bapa berkenaan untuk diabadikan kepada nama anak masing-masing hinggakan kadangkala tiada langsung tercatat nama itu dalam mana-mana kamus di dunia.

Namun, ketahuilah Islam sebenarnya ada memberi garis panduan dalam memberi nama yang baik.

Berbicara soal nama, baru-baru ini, penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan).

Pelantun lagu Aku Wanita Biasa ini berkata, ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati.

“Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama besar dan memerlukan nama yang lebih menarik,” ujarnya.

Menurut penghibur yang juga seorang ahli politik itu, alasan dirinya kembali mahu menggunakan nama sama seperti dalam kad pengenalannya adalah kerana mengenang Allahyarham ayahnya.

“Dalam kad pengenalan atau akta kelahiran, nama saya dieja Kris Dayanti.

“Tapi bila saya bekerja dalam bidang hiburan dan banyak menjalin kerjasama dengan jenama besar, nama pentas digunakan sebagai Krisdayanti biar kedengaran lebih catchy,” kata isteri Raul Lemos

Kris Dayanti kemudian menambah: “Semenjak ayah meninggal dunia, saya menjadi lebih menghargai dan akhirnya memutuskan untuk kembali menggunakan nama Kris Dayanti.

[VIDEO] Dari Dunia Nyanyian & Politik, Krisdayanti Kini 'Terjun' Ke Dunia Wushu Wakili Indonesia!
krisdayanti
https://lomp.at/gra8m
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Keluarga Ghazali Menang Besar, Rangkul Juara

by Aisy
December 8, 2025

Keluarga Ghazali sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam arena Muay Thai apabila dua beradik, Elias Ghazali bin Zulfikar atau lebih...

Read more
Lokal

Datin Shahida Teringin Baby Lagi, Tapi Datuk Aliff Dakwa Dirinya Dah ‘Ikat’?

Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi hasratnya untuk menambah cahaya mata. Namun, impian...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
Lokal

Elly Mazlein Umum Undur Diri Daripada Dunia Anugerah: Cukup Menang di Hati Peminat

Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein membuat keputusan mengejutkan untuk tidak lagi bertanding atau dicalonkan dalam mana-mana program anugerah hiburan....

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read more
by Phic ARMAN
December 3, 2025
Lokal

“Saya Silap Buka Aib Sendiri” – Ieda Moin Mohon Maaf Lepas Kongsi Kisah Nyaris Terjebak Hubungan Songsang

Tidak menyangka niat berkongsi kisah silam akan mengundang kecaman hebat, penyanyi dan pelakon Ieda Moin tampil memohon maaf selepas pendedahannya...

Read more
by Puteri Alia
October 9, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Eidress ‘Backup’ Anzalna Buatkan Netizen Terhibur-“Tak Nak Mummy Baru…”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Anzalna membaca komen netizen yang menanyakan adakah anaknya iaitu Eidress mahukan ibu yang...

Read more
by Noah Ab
November 17, 2025
Berita

[VIDEO] Madammu Beli ‘First Diamond’ Untuk Anak-Anak, Netizen Puji!

Usahawan kosmetik dan pempengaruh terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menitipkan rasa syukur apabila dapat membeli permata pertama buat...

Read more
by Naddy Joe
September 24, 2025
Lokal

Bekas Pekerja Dedah Sikap Sebenar Nubhan?-“Memang Dia Bermasalah..”

Umum mengetahui penyanyi, Nubhan baru-baru ini telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya...

Read more
by Naddy Joe
November 6, 2025
Bollywood

[VIDEO] Aksi Lucu Shah Rukh Khan & Salman Khan ‘Main Game’ Buatkan Peminat Teruja

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan dua pelakon popular Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan yang bermain permainan...

Read more
by Noah Ab
November 23, 2025
Lokal

Khai Bahar Nekad Jual Rumah Dan Balik Kampung Lepas Kehilangan Orang Tuanya

Pemergian kedua-dua ibu bapanya dalam tempoh kurang dua tahun meninggalkan kesan yang amat mendalam buat penyanyi Khai Bahar sehingga pernah...

Read more
by Puteri Alia
November 19, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  5. 5

    3 Anak Selebriti Popular Terbang Ke Oxford, Apa Sebenarnya Mereka Belajar & Berapa Kosnya?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore