• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Mahu Sekadar Goyang Kaki Setelah Tiada Tawaran Lakonan, Raja Afiq Kini Bekerja Sebagai Kerani Bank

by Puteri Alia
October 3, 2023
Share on Facebook

“Pada awalnya saya akui tertekan apabila tiada tawaran berlakon dalam tempoh yang panjang. Namun saya enggan menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa,” kata pelakon Raja Afiq.

Afiq berkata, demi meneruskan kelangsungan hidup dia sanggup mengenepikan kerjaya glamor yang pernah mengangkat namanya dalam industri seni satu ketika dahulu.

“Kalau nak cakap saya terkenal, rasanya zaman itu sudah lama berlalu. Saya dikenali ramai pun dalam tempoh yang sekejap, kemudian nama saya agak perlahan dalam dunia seni.

“Jadi saya sudah biasa dengan kehidupan yang sederhana ini dan tidak berdepan sebarang kesulitan apabila bekerja sebagai kerani di bank.

“Lagipun saya tak suka duduk diam dan goyang kaki di rumah saja. Memandangkan sekarang ini saya sudah mempunyai keluarga dan ada komitmen, jadi saya perlu cari jalan lain untuk teruskan kehidupan.

“Kalau orang nak cakap saya malas, itu bukan prinsip hidup saya sebab dari zaman muda lagi saya memang kuat bekerja dan tak kisah untuk menimba pengalaman baharu,” katanya.

Menurut Afiq, keputusan bekerja sebagai kerani bukan bermakna dia sudah tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran berlakon.

“Nak kata bahagia dengan pekerjaan sekarang tidak juga sebab saya masih mencari peluang dalam dunia lakonan.

“Perjalanan untuk saya menjadi pelakon bukan mudah. Banyak cabaran yang perlu saya lalui sehingga berjaya mencipta nama sebelum ini.

“Jadi untuk terus tinggalkan kerjaya ini tidak mungkin. Saya masih belum puas kerana boleh kira dengan jari jumlah drama yang pernah saya bintangi.

“Mohon doakan semoga perjalanan karier saya sebagai pelakon tidak terhenti di sini kerana saya memang nak aktif berlakon jika masih diberikan ruang dan peluang,” katanya.

raja afiq
https://lomp.at/8tomh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore