• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tak Makan Usia! 11 Aktor Korea Terkacak Ini Sudah Melebihi Usia 40 Tahun

by Zaidin Albert
May 12, 2020
367
KONGSIAN
Share on Facebook

Mereka bukan Oppa lagi tapi lebih layak dipangil Ahjussi (Pakcik). Sebabnya ialah usia mereka tidak lagi muda. Sudah lebih dari 40 tahun, tetapi daya tarikannya mengalahkan aktor muda.

Nampaknya usia yang matang sebenarnya menjadikan karisma mereka lebih berseri. Buktinya, kerjaya mereka masih bagus, walaupun sudah berpuluh tahun mereka berada di industri perfileman mahupun drama.

Bermula dari Gong Yoo hingga Hyun Bin, berikut ini diikuti barisan pelakon Korea Selatan yang semakin menawan walaupun berusia lebih dari 40 tahun.

Gong Yoo – 41 Tahun

Pelakon yang nama sebenarnya Gong Ji-cheol selalu kelihatan muda, sejak muncul sebagai pengurus kafe di 1st Shop of Coffee Prince pada tahun 2007 hingga tahun lalu ketika lakonannya di Kim Ji-young: Born 1982 menarik perhatian orang ramai. Senyuman manisnya masih tidak berubah.

Pada masa ini lelaki yang dilahirkan pada tahun 1979 itu sudah berusia 41 tahun. Tahun ini dia dijadualkan untuk membintangi Seo Bok. Sementara pada tahun 2021 akan ada sebuah projek drama bernama Wonderland yang telah ditunggu-tunggu.

Go Soo (41 tahun)

Pelakon kacak ini memulakan kariernya dari drama pentas. Namanya mulai melonjak naik sejak membintangi Piano, kemudian diikuti oleh Marrying a Millionaire, filem White Night, dan yang terbaru adalah Money Game pada tahun 2020.

Go Soo mengahwini Kim Hye-yeon, seorang pelajar seni yang sebelas tahun lebih muda darinya. Mereka bertemu pada tahun 2008 dan menjalin hubungan rasmi pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak.

Song Seung-heon (43 Tahun)

View this post on Instagram

A post shared by 송승헌 songseungheon (@songseungheon1005)

Walaupun pada usia 43, garis-garis kedutan belum muncul di wajah pelakon Song Seung-heon. Pelakon yang mula melonjak naik di Indonesia sejak tampil dengan Song Hye-kyo di Autumn In My Heart ini masih kelihatan seperti di awal usia tiga puluhan. Cuma kematangan sikapnya kelihatan berbeza dengan pelakon yang lebih muda.

Pada tahun ini, pelakon dengan ketinggian 180 cm itu merancang untuk berlakon sebagai psikiatri di Shall We Eat Dinner Together.

Park Hae-joon (43 tahun)

Pelakon dengan ketinggian 185 cm itu kini menjadi sebutan peminat kdrama kerana wataknya sebagai Lee Tae-oh dalam World of The Married Couple. Wajahnya yang tampan juga dapat dilihat dalam siri Misaeng: Incomplete Life (2014), Fourth Place (2015), My Ahjussi (2018), dan Arthdal Chronicles (2019).

Lee Sun-kyun (45 tahun)

Pelakon drama My Ahjussi dan filem Parasite, Lee Sun-gyun mungkin tidaklah setampan seperti aktor lain. Tetapi suara dan karisma yang memukau di layar membuatnya menjadi idola oleh ramai wanita. Pelakon yang memulakan kariernya di pentas teater muzikal itu berkahwin dengan pelakon Jeon Hye-jin. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak lelaki.

Shim Hyung-tak (42 tahun)

Pelakon ini tidak pernah menjadi watak utama, tetapi kehadirannya telah menjadi warna dalam pelbagai drama. Contohnya, Master of Study, Ad Genius Lee Tae-baek, Let’s Eat, dan Touch Your Heart. Tubuhnya yang tinggi, wajah tampan, dan suaranya yang khas memang menawan.

So Ji-sub (42 tahun)

Tidak ramai yang tahu, pelakon So Ji-sub pada asalnya adalah atlet renang nasional Korea Selatan. Dia telah menceburkan diri dalam sukan ini selama sebelas tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan. bakat lakonannya dapat dilihat dalam What Happened in Bali (2004), I’m Sorry, I Love You (2004), Cain and Abel (2009), Phantom (2012), Master’s Sun (2013), dan Oh My Venus (2015).

Selain menjadi pelakon, So Ji-sub juga belajar muzik. Dia adalah rapper yang telah melahirkan album hip-hop dengan nama samaran G.

Jung Woo-sung (47 tahun)

Jung Woo-sung adalah pelakon kacak yang memulakan kariernya sebagai model profesional sebelum melonjak naik menerusi filem Beat. Pelakon setinggi 187 cm itu telah maraih sejumlah pencalonan dan anugerah untuk pelakon terbaik dalam pelbagai festival. Dia juga merupakan warga Korea Selatan pertama yang menjadi UNHCR Goodwill Ambassador.

Won Bin (42 tahun)

Pelakon kacak ini mula-mula memikat peminat drama di Malaysia menerusi Autumn In My Heart. Walaupun namanya terkenal di Asia, dia sangat selektif dalam memilih watak. Setakat ini dia hanya membintangi enam drama dan lima filem. Sebilangan besar waktunya dikhaskan untuk aktiviti sosial sebagai duta UNICEF.

Won Bin berkahwin dengan pelakon Lee Na-young pada tahun 2015. Kini mereka telah dikurniakan seorang anak. Kemudian dikhabarkan bahawa pelakon itu merancang untuk mengundurkan diri dari lakonan yang telah menaikkan namanya.

Jang Dong-gun (48 tahun)

Pelakon yang satu ini juga semakin berkarisma pada usia hampir 50 tahun. Namanya mula dikenali di Malaysia sejak muncul dalam drama Model dan All About Eve. Pelakon setinggi 182 cm itu juga muncul dalam A Gentleman’s Dignity and Arthdal Chronicles.

Jang terkenal sebagai pelakon yang sangat menjaga privasinya. Dia juga dikenali berkawan baik dengan Hyun Bin, Lee Jong-hyuk, dan Ji Jin-hee. Mereka bertiga adalah anggota pasukan besbol yang sama.

Ji Sung – 43 Tahun

Ji Sung dilahirkan pada 27 Februari 1977 dan kini berusia 43 tahun. Da mulai dikenal kerana wataknya dalam seri televisi All In (2003), Save the Last Dance for Me (2004), New Heart (2007), Protect the Boss (2011), Secret Love (2013) dan Kill Me, Heal Me (2015).

Drama yang dibintangi pada tahun 2017, ‘Innoncent Defendant’, antara melonjakkan namanya. Dalam drama itu, Ji Sung memainkan peranan sebagai pendakwaraya yang kehilangan ingatannya dan mendapat hukuman mati. Lakonannya dalam drama ini berjaya menarik simpati penonton dan sekali lagi memenangi anugerah lakonan terbaik untuknya.

Itu adalah senarai pelakon kacak Korea Selatan yang semakin berkarisma pada usia lebih dari 40 tahun.

https://lomp.at/egbp3
Share359Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

by Aphit J.
November 1, 2025

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read more
Lokal

Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Sahabat Baik 14 Tahun

Sophia Albarakbah tidak menolak sekiranya suatu hari nanti ditakdirkan berjodoh dengan sahabat baiknya sejak zaman universiti, meskipun sebelum ini dia...

Read more
by Puteri Alia
September 18, 2025
Foto - TikTok / mStar
Lokal

[VIDEO] Gelar Ara Manja, Bella Astillah Mahu Kurang Berjumpa Syed Saddiq

Jujur beritahu, MURAI yakin ramai yang teruja dan tertunggu-tunggu video antara penyanyi Bella Astillah dan anak-anaknya bersama Ahli Parlimen Muar,...

Read more
by Nurul A.
September 19, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Prince Syed Terlantar Di Hospital, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Mekap On Point..”

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat terlantar di salah sebuah pusat perubatan, baru-baru ini....

Read more
by Naddy Joe
November 10, 2025
Lokal

“Tak Baik Tau Cakap Saya Jongang” – Bella Astillah Akui Bakal Pakai Braces

Demi kesihatan mulut, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi tidak lama lagi. Langkah itu bukan...

Read more
by Puteri Alia
November 11, 2025
Lokal

“Anda Jawab di Akhirat”: Video Temu Bual Disalah Tafsir? Aaron Aziz Tampil Bersuara

Sebelum ini Datuk Aaron Aziz kembali hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak peka dengan isu yang melibatkan Gaza. Tiada Kaitan Dengan...

Read more
by Aphit J.
October 6, 2025
Lokal

Kilafairy Dedah Mimpi Ngeri Syurga dan Neraka Buatnya Terus Bertudung – “Saya Nampak Syaitan”

Pelakon jelita Kilafairy akhirnya membuka kisah yang selama ini disimpannya rapat di hati,  sebuah pengalaman peribadi yang cukup menginsafkan dan...

Read more
by Puteri Alia
November 1, 2025
Foto - @mishaomar (IG)
Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Foto - @shopeemy (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- “Berhambur Air Liur”

Ada yang sudah tonton video iklan Shopee baru-baru ini? Bersempena dengan Jualan Hari Jadi 12.12, platform membeli-belah dalam talian Shopee...

Read more
by Nurul A.
December 5, 2025
Foto - @5harukhan (IG)
Bollywood

Apabila Aktres Comel Ini Akui Tampar SRK Di Set Filem ‘Josh’ Kerana…

Bekas aktres Bollywood, Priya Gill pernah throwback salah satu momen paling janggal dalam kerjayanya iaitu semasa bekerjasama dengan Shah Rukh...

Read more
by Nurul A.
November 13, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore