• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Menyesal Buat Keputusan Bercerai Dengan Fattah Amin, Fazura Akui Bangga Dapat Bertahan

by Puteri Alia
November 5, 2024
Share on Facebook

Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, mengungkapkan bahawa dia tidak menyesal dengan keputusan bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin, pada 7 Oktober lalu.

Dalam satu temubual terbaru, Fazura berkata bahawa dia merasa bangga kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka, meskipun hubungan mereka akhirnya menemui titik noktah.

“Saya berkahwin tujuh tahun dan baru sahaja bercerai, sebulan lalu. Tiada penyesalan. Saya bangga dapat bertahan dan buat yang terbaik untuk perkahwinan ini,” ujar Fazura.

Temubual tersebut turut memberi peluang kepada Fazura untuk berbicara tentang single terbarunya, “Bertahan Demi Cinta”, yang diterbitkan bersama Fattah Amin selepas mereka bercerai.

Single ini mencetuskan sedikit kontroversi kerana dilancarkan hanya dua hari selepas perceraian mereka, namun ia tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat.

Fazura menjelaskan bahawa lagu tersebut mempunyai tema yang sangat dekat dengan pengalaman peribadinya, di mana ia menggambarkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai dan berjuang untuk bertahan dalam perkahwinan mereka meskipun diuji dengan pelbagai halangan.

“Ia mengisahkan lelaki dan wanita saling mencintai dan sudah tentu dalam perkahwinan akan ada halangan. Jadi, perkara paling penting adalah terus bertahan dan berjuang demi cinta. Lagipun, judulnya ‘Bertahan Demi Cinta’. Jadi, apapun terjadi, saya kena harungi segala ujian dan bertahan dalam perkahwinan,” jelasnya.

Walaupun Fazura dan Fattah telah bercerai, sambutan terhadap lagu Bertahan Demi Cinta ternyata memberi impak besar. Peminat bukan sahaja memberikan sokongan yang positif, malah ramai yang masih berharap agar pasangan ini kembali bersama.

Fazura mendedahkan bahawa sambutan terhadap single tersebut sangat menggalakkan, dengan ramai peminat yang memberi komen penuh kasih sayang, serta menaruh harapan agar mereka rujuk semula.

[VIDEO] Peminat Teruja Lihat Telatah Fattah Amin & Amira Othman Bungkus Kunafa
fattah aminfazura
https://lomp.at/tpw54
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @sabronzo (IG)
Lokal

[VIDEO] Senyap Tak Sebut ‘Merry Christmas’, Netizen Puji Sabronzo- “Sebab Dia Masih Sedar Agama Dia”

by Nurul A.
December 26, 2025

Sering dilanda kontroversi, salah seorang ahli kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo kali ini menjadi perbualan hangat pengguna media sosial selepas video...

Read moreDetails
Foto - @aintmeemrawnoon (IG)
Lokal

Engku Emran Hantar Anak Ke Oxford, Tapi Lain Pula Netizen Perhatikan- “Akhirnya Dapat Bertemu…”

by Nurul A.
December 15, 2025

Jujurnya mana-mana ibu bapa pasti bangga jika anak berjaya mencapai kejayaan seperti Engku Aleesya di usia yang sangat muda. Beberapa...

Read moreDetails
Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
Lokal

Nedim Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian, Undang Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
December 29, 2025

Usahawan, Nedim Nazri mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi foto mesra bersama pelakon jelita, Nadia Brian di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Mohon Orang Ramai Henti ‘Post’ Kisah Lalu Mereka-“Tak Baik Untuk Hawra Uqaira..”

by Naddy Joe
December 22, 2025

  Aktor, Kamal Adli menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk berhenti memuatnaik hantaran mengenai kisah lalu yang negatif mengenai dia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore