Hubungan antara mendiang Ratu Elizabeth II dan Meghan Markle sekali lagi menjadi perhatian selepas muncul satu kisah yang ramai tidak tahu, ketika menjenlang perkahwinan Meghan dan Putera Harry.
Menurut buku Katie Nicholl, ‘The New Royals’, salah satu momen paling mendebarkan berlaku ketika persiapan perkahwinan adalah sesi merasa makanan.
Untuk makluman semua, Meghan memesan menu vegan dan bebas gluten, khas untuk beberapa tetamunya. Semasa sesi tersebut, Meghan merasa salah satu makanan dan mendapati ada rasa sedikit telur dalam hidangan vegan. Dia kemudiannya menegur kakitangan dapur dan mendakwa dapat merasai telur tersebut.
Mendiang yang kebetulannya berada di sana turut mendengar teguran itu dan segera menarik Meghan ke tepi untuk memberi ‘nasihat’ yang tegas.
“Meghan, dalam keluarga ini kami tidak bercakap dengan orang (kakitangan diraja) seperti itu.”
Momen tersebut dikatakan sebagai salah satu titik keretakan dalam hubungan mereka. Ini kerana Ratu Elizabeth II sangat menjunjung tinggi etika dalam bercakap dengan kakitangan diraja. Manakala Meghan pula merasakan baginda hanya bertegas demi kualiti majlis perkahwinannya.
Perkara ini sering dirujuk sebagai salah satu pertembungan budaya terbesar antara gaya pertuturan langsung Amerika dan protokol British yang sangat sopan dan terkawal.
Walaupun begitu, Meghan Markle menggelar Ratu Elizabeth II sebagai “contoh paling menyerlah” bagi kepimpinan wanita.






