Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Tak Sabar! 5 Destinasi Luar Biasa Untuk Diteroka Apabila Sempadan Antarabangsa Dibuka

Agoda menyenaraikan beberapa destinasi yang menarik untuk dijadikan inspirasi bagi perancangan jadual percutian anda.

by Naddy Joe
May 3, 2022
Share on Facebook

Selepas lebih dua tahun menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa, warga Malaysia yang menggemari aktiviti melancong kini akhirnya dapat bercuti ke luar negara.

Agoda menyenaraikan beberapa destinasi yang menarik untuk dijadikan inspirasi bagi perancangan jadual percutian anda. Jika destinasi idaman anda tidak tersenarai di sini, anda boleh layari laman web Agoda untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sekatan di tempat yang ingin dituju. 

Mesir

Ketika berada di negara yang terkenal dengan Pyramid Giza ini, jangan lupa untuk mengunjungi Laut Mediterania, Laut Merah dan pasar Khan el-Khalili yang terkemuka. Antara aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan di sana adalah bersiar-siar di Sungai Nil dengan menaiki felluca, kapal layar tradisional yang diperbuat daripada kayu, dan menaiki belon udara panas di Luxor.

Semasa di Mesir, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Concorde El Salam Hotel Cairo, Kempinski Nile Hotel, dan Al Masa Hotel.

Bahrain 

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang mengujakan bagi para pelancong di Bahrain. Kunjungilah Rumah Al Jasra and Muzium Al Bahrain untuk mendalami sejarah dan tamadun yang kaya di negara ini. Di Manama Souq, anda boleh dapatkan rempah-ratus, cenderahati serta manisan yang enak untuk dibawa pulang.

Semasa di bahrain, anda boleh memilih daripada pelbagai tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Panorama Hotel, Atiram Jewel Hotel Bahrain, dan Gulf Hotel Bahrain Convention And Spa.

Lubnan (Lebanon) 

Dengan adanya kepelbagaian geografi di negara ini, Lebanon menawarkan pelbagai tarikan seperti pemandangan indah, sejarah dan seni bina yang kaya, dan makanan yang lazat untuk menjadikan percutian anda suatu yang sukar untuk dilupakan. Terokailah salah satu kuil Greco-Roman yang dijaga rapi, Baalbek – Kuil Bacchus, hutan pokok cedar Lubnan di daerah Chouf di Gunung Barouk, dan juga Istana Beiteddine yang dibina pada abad ke-18.

Semasa di Lubnan, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti BURJ ON BAY Hotel, Lancanster Raouche Hotel, dan Le Commodore Hotel.

Turki 

Negara Turki merupakan satu destinasi yang sempurna untuk meneruskan semula perjalanan pasca-pandemik. Tarikan utama di negara ini adalah kepelbagaian pengaruh budaya dari Asia, Eropah dan Timur Tengah, dan keindahan alam semula jadi yang sukar untuk dilupakan.

Bersantailah di kolam air panas di Tasik Pamukkale, di mana kejadian teres batu travertine berwarna putih menjadikan kawasan yang hijau kelihatan seolah-olah dilitupi salji; terokai salah sebuah kota yang tertua di dunia, Konya, yang telah didiami sejak abad ketiga sebelum Masehi, dan Kaymakli – sebuah kota bawah tanah di Wilayah Anatolia Tengah di Turkey; Naiki belon udara panas untuk menyaksikan keindahan lembah-lembah batu di Cappadocia; dan berehat dengan mandian tradisional Hamam.

Semasa di Turki, anda boleh memilih dari pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti The Marmara Taksim Hotel, Bricks Hotel Istanbul, dan Hotel DeCamondo Galata.

Norway 

Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Norway, aktiviti mengejar Cahaya Utara dan menyaksikan Bulatan Artik wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Selain daripada fenomena yang mempersonakan di langit ini, negara Skandinavia ini juga mempunyai kawasan pergunungan, glasier, muzium, dan pelbagai aktiviti lagi untuk dinikmati.

Anda boleh mendaki ke puncak Gunung Floyen, berketinggian 399-meter dengan pemandangan bandar yang terbaik dari puncak, jelajahi wilayah Geirangerfjord, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan pemandangan Norway yang bersalji, nikmati keindahan seni bina Arctic Cathedral, dan kunjungi lubuk pusar yang terkuat di dunia, Saltstraumen Maelstrom. 

Semasa di Norway, Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis pelbagai tempat penginapan yang ditawarkan  oleh Agoda seperti Radisson Blu Plaza Hotel Oslo, Hotel Continental, dan Clarion Hotel Oslo.

https://lomp.at/q5j96
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Ai Generated
Destinasi

Tak Ramai Tahu, Kelantan Ada Air Terjun “Best” Untuk Riadah & Healing

by Farah Fatihah
December 29, 2025

Kelantan bukan sahaja terkenal dengan warisan budaya dan masakannya yang memikat, malah negeri ini juga menyimpan permata alam semula jadi...

Read moreDetails
via @Tripadvisor
Destinasi

Muzium Perak: Khazanah Sejarah & Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi!

by Farah Fatihah
December 30, 2025

Kalau sebut Perak, ramai terus terbayang Ipoh dan makanannya. Tapi negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ini juga mempunyai muzium-muzium...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Hidupkan Semula SkyBoss, 3 Sebab Kaki Travel Akan Rasa “Ini Berbaloi”

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bagi mereka yang kerap terbang, pengalaman perjalanan lama-kelamaan mengajar satu perkara penting.  Bukan semua penerbangan tentang sampai cepat. Ada masanya,...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore