Tuesday, September 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Tak Sangka! Ini Insiden Buruk Yang Pernah Dialami Oleh 5 Aktor Korea Ini

by Naddy Joe
November 16, 2020
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadi aktor terkenal bukanlah jaminan bahawa kehidupan mereka sentiasa lancar dan tiada halangan. Ada yang pernah mengalami peristiwa pahit yang meninggalkan trauma yang mendalam. Walaubagaimanapun, barisan aktor Korea yang tersenarai ini dapat mengatasinya. Berikut adalah 7 aktor Korea yang pernah mengalami insiden buruk dalam hidup mereka. Stay tune guys!

Lee Min Ki

Aktor yang membintangi drama Because This is My First Life ini pernah diseret dalam skandal palsu yang hampir menghancurkan kariernya sebagai aktor. Pada tahun 2016 yang lalu, Lee Min Ki dilaporkan telah melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah kelab yang terletak di Busan.

Setelah melakukan penyiasatan yang teliti, Lee Min Ki terbukti tidak bersalah. Agensinya menjelaskan bahawa walaupun Lee Min Ki pergi ke kelab tersebut, beliau tidak terlibat dalam kes serangan seksual. Wanita yang mengemukakan tuduhan tuduhan terhadap aktor itu telah melakukan permohonan maaf. Lee Min Ki kini masih menerima banyak tawaran untuk membintangi dalam drama-drama yang akan datang antaranya digandingkan bersama Nana dalam drama Oh! Monster yang bakal ditayangkan pada March 2021 ini.

Kim Jung Hyun

Aktor yang terkenal dalam drama yang pernah menjadi trending iaitu Crash Landing On You ini pernah berehat dari dunia lakonan selama setahun kerana sakit. Aktor yang dilahirkan pada tahun 1990 itu menderita penyakit eating disorder dan sleep disorder. Beliau didiagnosis  penyakit tersebut ketika membintangi drama Time (2018) bersama Seohyun dari kumpulan  SNSD . Pada pertengahan episod, aktor ini terpaksa meninggalkan production untuk menerima rawatan. Watak yang dimainkan dalam drama itu dikatakan telah meninggal dunia.

Karier Kim Jung Hyun tidak terganggu sama sekali kerana beliau telah berjaya melakukan comeback menerusi drama Crash Landing On You.Wataknya sebagai Goo Seung Joon telah meninggalkan kesan mendalam bagi para penonton sehingga kini.

Lee Dong Wook 

Lee Dong Wook juga pernah diseret dalam khabar angin yang mengatakan bahawa beliau tergolong dalam kelompok gereja Shincheonji, sebuah organisasi keagamaan Kristian di Korea yang dilaporkan bertanggungjawab di atas penyebaran COVID-19 di Daegu.

Setelah melihat khabar angin semakin tersebar luas, KingKong by Starship selaku agensi yang menaungi Lee Dong Wook tampil memberikan penjelasan. Mereka dengan tegas menafikan bahawa artis di bawah jagaan mereka adalah kelompok gereja Shincheonji. Agensi itu juga bersedia untuk berurusan dengan pihak berkuasa untuk menghukum mereka yang menyebarkan fitnah mengenai artis di bawah jagaan mereka.

Kim Soo Hyun

Siapa sangka aktor yang terkenal dalam drama It’s Okay Not To Be Okay ini pernah menderita sakit jantung ketika beliau masih bersekolah menengah. Pada tahun 2012, beliau menjalani pembedahan disebabkan penyakit supraventricular tachycardia, suatu keadaan di mana degupan jantung berdegup lebih cepat dari keadaan biasa.

Namun kini, Kim Soo Hyun sudah pulih sepenuhnya dari penyakit tersebut. Hal ini terbukti semasa beliau mendaftar dalam kententeraan dan bertugas menjadi tentera aktif. Kebiasaannya, setiap lelaki di Korea Selatan yang mempunyai penyakit seperti itu akan dimasukkan ke dalam perkhidmatan awam dan dikecualikan daripada ketenteraan wajib. Tetapi beliau tetap mahu berkhidmat untuk negaranya.

Lee Min Ho

Bintang drama The King : Eternal Monarch ini pernah terlibat dalam kemalangan kereta yang menyebabkan kematian penumpang dan pemandu yang lain pada tahun 2006 lalu. Beliau yang tidak keseorang pada waktu itu turut ditemani aktor Jung Il Woo .

Lee Min Ho yang menderita akibat kecederaan kemalangan itu menyebabkan beliau berada di hospital selama berbulan-bulan. Beliau mengalami kecederaan pada tulang paha dan pergelangan kaki, dan tulang rawan pada lututnya yang koyak menyebabkan pahanya terpaksa dimasukkan besi sepanjang 46 sentimeter agar beliau dapat melakukan aktiviti seperti sedia kala.

Disebabkan kesibukannya, Lee Min Ho tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi dan masih merasakan kesan sampingan daripadan kecederaan tersebut. Oleh kerana beliau tidak sihat, beliau tidak dapat mendaftarkan diri dalam ketenteraan wajib pada ketika itu dan ditempatkan sebagai pegawai awam.

https://lomp.at/nhp0d
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  3. 3

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Afwa Nyanyi Lagu Matcha Atau Kopi Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem