• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Tak Sangka! Ini Perkara Memalukan Pernah Terjadi Kepada Setiap Ahli BTS

by Naddy Joe
November 19, 2020
V, SUGA, Jin, J-Hope, RM, Jimin, and Jungkook of BTS

V, SUGA, Jin, J-Hope, RM, Jimin, and Jungkook of BTS

Share on Facebook

Setiap artis mengalami insiden yang memalukan dalam diri mereka. BTS juga tidak terkecuali mengalami insiden-insiden yang tak dapat dilupakan. Insiden apakah? Scroll sampai habis okay!

J-Hope

Peminat BTS dan J-hope sendiri sudah tentu tidak dapat melupakan prank dalam lif dalam rancangan Rookie King. Prank tersebut bermula apabila setiap ahli BTS perlu mempamerkan daya tarikan mereka semasa menaiki lif. Tidak ramai yang tahu bahawa seorang wanita misteri akan mengganggu persembahan solo mereka dengan memasuki lif.

Apabila pintu lif dibuka, J-Hope terbaring di lantai dan mengepakkan badannya seperti ikan keluar dari air. Sebaik sahaja melihat wanita itu, beliau melompat berdiri dan menjelaskan mengapa beliau bertindak seperti orang aneh. J-hope yang kelihatan sangat malu sehingga tidak berdiri dengan baik. Setelah prank telah tamat, Jimin bertanya kepada J-Hope bagaimanakah perasannya, dan Jhope mengatakan bahawa beliau boleh mati kerana terlalu malu.

YouTube video

Jimin

Jimin akhirnya memalukan diri sendiri apabila berusaha memuji Taemin SHINee. beliau menegaskan bahawa Taemin adalah penari yang jauh lebih baik. Jimin mengatakannya kerana beliau baik dengan Taemin, tetapi dengan cepat beliau menyedari bahawa beliau secara tidak sengaja menghina seseorang yang berada di sebalik topeng itu.

https://murai.my/wp-content/uploads/2020/11/unnamed-1.mp4

Menyedari kesalahannya, Jimin mula berdoa agar performer misteri itu bukanlah sunbae dan ternyata seseorang di sebalik topeng itu ialah Thunder dari MBLAQ. Jimin yang kelihatan terkejut menyembunyikan wajahnya dan terus terduduk. Jimin meminta maaf kepada Thunder di atas kesalahannya.

YouTube video

RM (Rapper Monster) 

RM mempunyai pelbagai jenis gaya rambut. Antara gaya rambut yang paling tidak dilupakan mungkin potongannya yang permed dari “No More Dream”, namun gaya rambut bukanlah yang memalukan bagi beliau.

Dalam episod Problematic Men, hos menunjukkan kepada tetamu mereka kompilasi foto mereka yang paling memalukan. Collage RM menampilkan beberapa gaya rambut yang paling luar biasa, tatpi beliau memberitahu hos bahawa mereka boleh mentertawakan semua gambarnya yang lain. Foto sewaktu zaman sekolah menengahnya adalah satu-satunya gambar yang beliau benar-benar malu!

YouTube video

V 

V juga tidak terlepas dari momen-momen yang memalukan. Dalam episod rancangan rancangan Idol Party, hos rancangan memainkan video klip V sedang rap di belakang pentas pada tahun 2014. V yang kelihatan sangat malu mencampakkan tuala ke atas lantai dan terus keluar ke pintu studio. Suga yang tidak membantu terus terpekik kepada V semasa V berjalan keluar.

” Wow, sangat memalukan!”- Suga

Walaubagaimanapun, hos rancangan itu membawa V kembali ke set dan meminta semua ahli rap bersama.

Suga 

Suga juga tidak terlepas daripada insiden yang memalukan dari atas pentas sehinggalah di luar pentas. Kononnya beliau hampir mati ketika melihat semula lakonannya yang lama dan sangat comel dalam Weekly Idol. Video tersebut dari awal kemunculan BTS dan setiap ahli memberikan pickuplines dalam bahasa Jepun.

https://murai.my/wp-content/uploads/2020/11/unnamed-2.mp4

Tiada seorang pun ahli BTS yang gembira melihat video klip yag lama itu, tetapi bagi Suga, ianya terlalu sukar untuk dikendalikan dan beliau merana sepanjang masa.

Jin

Jin juga turut mengalami insiden yang memalukan dalam hidupnya apabila seluarnya terlondeh di hadapan semua orang melakukan persembahan debut BTS. Beliau yang begitu kesal dengan kejadian yang memalukan itu membuatkan beliau menangis di belakang pentas. Ahli BTS yang lain tampil memberi sokongan kepadanya supaya jangan kecewa dengan apa yang berlaku.

https://murai.my/wp-content/uploads/2020/11/unnamed-4.mp4

Jungkook

Jungkook mungkin antara ahli yang paling pemalu dalam kumpulan BTS, tetapi beliau tidaklah pemalu seperti yang lain sangkakan. Jungkook pernah overconfident semasa dance battle dalam American Hustle Life. Beliau cuba melakukan flip namun gagal. Walaubagaimanapun, beliau cuba melakukan yang terbaik untuk menghabiskan dance battle tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=wN9FRGz52bg

https://lomp.at/l60ws
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Korea

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Kalau anda peminat K-pop mesti tak lepaskan berita ini, Kim Ji-soo dan Kim Taehyung sekali lagi buat dunia hiburan gempar!...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore