Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Tak Semua Perlu Diketahui” – Irma Hasmie Enggan Ulas Status Peribadi

by Aphit J.
October 25, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie, mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mendakwa beliau sudah kembali berumah tangga.

Irma Hasmie Pilih Diam Berhubung Khabar Angin

Pada usia 43 tahun, Irma menjelaskan bahawa dia lebih selesa berdiam diri mengenai hal peribadi kerana setiap perkara yang dikongsikan pasti menjadi bualan ramai.

Saya minta maaf, bab peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab.

Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama.

Lebih adil begitu. Kalau saya beritahu pun, orang akan tetap bercakap.

Jadi lebih baik saya berdiam diri.

Hanya Orang Terdekat Yang Tahu

via Instagram Irma Hasmie

Irma menekankan bahawa hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui status peribadinya.

Bagi beliau, hal-hal peribadi tidak sepatutnya diuar-uarkan kepada umum.

Yang tahu, tahulah.

Saya rasa bukan perkara yang perlu diumumkan kepada semua orang.

Pelakon ini juga menekankan bahawa menjaga percakapan adalah cara terbaik untuk melindungi hati ramai pihak, terutama ahli keluarga.

Dengan memilih untuk berdiam, Irma berharap dapat mengelakkan spekulasi dan tafsiran yang tidak menyenangkan.

Menjaga Keluarga Dan Mengelak Fitnah

via Instagram Irma Hasmie

Irma turut mendedahkan bahawa keputusan untuk diam juga adalah untuk menjaga keluarga besarnya.

Keluarga saya pun kena jaga, bukan sekadar anak-anak, tapi juga pakcik, makcik, dan keluarga sebelah sana.

Saya tidak mahu memeningkan kepala mereka.

Tentang spekulasi orang, benda itu memang tak boleh dielak.

Zaman sekarang, apa pun kita buat, orang tetap akan bercakap.

Jadi lebih baik saya jaga percakapan dan elakkan fitnah.

Untuk rekod, Irma pernah berkahwin dengan Redza Syah Azmeer pada 2012 dan pasangan ini dipercayai berpisah sekitar Disember 2023, sebelum mengumumkan secara rasmi enam bulan kemudian.

"Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfha dan Irma Nur Naylie yang kini berada di bawah jagaan Irma.

Irma Hasmie terus menjadi contoh bagaimana selebriti boleh mengekalkan privasi dalam dunia yang sarat dengan spekulasi, sambil memastikan keluarga dan diri sendiri terjaga.

Sikapnya yang bijak memilih untuk diam membuktikan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum untuk menjaga keharmonian.

irma hasmie
https://lomp.at/pym7o
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara