• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Suka Sunyi Kerana Sudah Terbiasa Dengan 11 Adik-Beradik, Emma Maembong Mahu Miliki Ramai Anak

by Puteri Alia
August 18, 2023
Share on Facebook

Ramainya anak, memang awak rancang nak anak ramai ke? Tidak penat mengurus anak? Itu antara soalan paling biasa diajukan kepada pasangan suami isteri yang memiliki anak ramai.

Hakikatnya, setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri sama ada memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.

Namun, percaya atau tidak setiap anak mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon, Emma Maembong tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk anak ketiga biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua Mei lalu.

Kongsi Emma, dia sebenarnya mengimpikan untuk memiliki cahaya mata yang ramai sementelah dia juga dibesarkan dalam sebuah keluarga besar dengan 11 adik-beradik.

“Dari dulu orang sudah tahu saya memang inginkan anak, sekarang saya sudah ada keluarga sendiri. Selepas dikurniakan dua anak, mana tahu mungkin akan bertambah lagi?

“Saya tidaklah meletakkan sasaran atau jumlah anak. Cuma lagi ramai, lagi bagus. Saya mahu anak ramai sebab sudah terbiasa membesar dengan 11 orang adik beradik.

“Saya ada tujuh orang adik-beradik perempuan dan empat lelaki. Semua pun tahu kami memang rapat. Seronok bila ada adik-beradik untuk bergosip. Kalau susah, adik-beradik juga yang akan tolong kita,” katanya.

Emma berkata demikian usai sidang media drama bersiri One Million Dollar Voice yang turut menampilkan pelakon lain antaranya Lah Ahmad, Amelia Handerson dan Neeta Manis.

Dalam pada itu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail juga mendedahkan, dia berasa sunyi ketika awal perkahwinan kerana tinggal berdua dengan suaminya.

“Masa mula-mula berkahwin, saya menangis sebab rasa sunyi sangat. Mungkin ada orang yang rasa serabut kalau suasana bising, tapi saya berbeza. Saya tidak suka sunyi.

“Kelakarnya, saya suka suasana serabut terutama suara budak-budak. Mungkin dari kecil saya sudah terbiasa dengan suasana riuh rendah, ramai orang,” ujarnya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia dua tahun dan Shakil Aryan Shah, tiga bulan.

emma maembong
https://lomp.at/nwtqd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Netizen Suka Dengar Aisha Retno ‘Speaking English’- “Please Jadikan Dia DJ Radio”

by Noah Ab
October 7, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aisha Retno yang menjawab pertanyaan menggunakan bahasa inggeris dengan lancar dan sedap didengar....

Read more
Lokal

Zizi Kirana Mohon Orang Ramai Fokus Tentang Palestin Daripada Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain

Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana memohon orang ramai untuk memberikan fokus terhadap isu Palestin yang lebih penting daripada masuk campur...

Read more
by Naddy Joe
October 23, 2025
Lokal

“No Class” – Farahdhiya Tempelak Individu Yang Suka Dedah Aib Bekas Pasangan!

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya mengenai segelintir individu yang gemar mendedahkan aib bekas pasangan selepas berpisah...

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Lokal

[VIDEO] Shawn Baharin Kini Aktif Di TikTok, Jawab Tentang Sertai Gegar Vaganza

Kalau kita throwback balik zaman hujung 90-an dulu, nama Shawn Baharin memang antara penyanyi lelaki yang mencuri hati ramai. Dengan...

Read more
by Phic ARMAN
September 9, 2025
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal ‘Terjun’ Ke Hollywood?

Sebelum ini pelakon Meerqeen telah membuatkan peminatnya meninggalkan pelbagai reaksi berbeza selepas memuat naik satu hantaran di Instagram, memberi bayangan...

Read more
by Nurul A.
October 22, 2025
Foto - @amitabhbachchan (IG)
Bollywood

Kerana Kemalangan Filem Ini, Jantung Amitabh Bachchan Berfungsi Sekitar 25%

Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan bukan sekadar bintang skrin besar tetapi juga menjadi inspirasi kepada ramai orang. Pada usia 82...

Read more
by Nurul A.
November 13, 2025
Foto - @sabronzo (IG)
Lokal

Sabronzo DOLLA Sah Berkahwin? Warga Threads Akui Terserempak Ketika Lakukan Ujian HIV

Lewat malam semalam tular beberapa gambar perkahwinan di media sosial, yang didakwa pengantin perempuannya ialah anggota DOLLA iaitu Sabronzo. Berdasarkan...

Read more
by Nurul A.
September 26, 2025
Lokal

[VIDEO] “Oddah Bukan Keturunan Sharifah Je Tapi…”-Sharifah Shahirah

Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah berkongsi momen anak perempuannya, Audra atau lebih dikenali sebagai Oddah yang membuat persiapan untuk...

Read more
by Naddy Joe
September 25, 2025
Lokal

Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

Selepas Abby Abadi, pelakon dan usahawan, Lana Nodin meluahkan rasa berang apabila dia turut menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat tekstil...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Lokal

Janna Nick Berdoa Kediaman Baharu Di London Jadi Saksi Untuk Peroleh Zuriat

Selepas akhirnya berjaya menemukan sebuah kediaman yang dirasakan cukup sempurna sebagai rumah baharu mereka di London, pelakon popular Janna Nick...

Read more
by Puteri Alia
September 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore