Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Takut Mahu Makan Pisang Di Publik, Tiz Zaqiyah ‘Trauma’ Tahu Cara Pemikiran Lelaki Layan Nafsu Syahwat

by Puteri Alia
May 22, 2023
Share on Facebook

Kita sering mendengar istilah ‘menundukkan pandangan’ serta menjaga pancaindera daripada melihat perkara yang boleh mendatangkan keghairahan apatah lagi membangkitkan nafsu syahwat.

Namun begitu, menundukkan pandangan di sini bukanlah bermaksud pandang ke bawah atau memejamkan mata namun lebih kepada mengawal pandangan.

Hal yang demikian kerana melalui pandangan ia akan menentukan perasaan dan keadaan hati. Dari mata turun ke hati, dari hati lahirnya lisan dan tindakan.

Mata dan hati saling berkaitan, justeru apabila hati baik, seluruh anggota dan pancaindera akan menjadi baik, begitulah sebaliknya.

Oleh sebab mata mempengaruhi hati, usaha menjadi manusia yang lebih baik mesti bermula dengan menjaga mata serta tidak berfikiran hanya semata-mata nafsu.

Baru-baru ini, pelakon Tiz Zaqyah mengakui bahawa dia berasa ‘malu’ untuk menikmati buah pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir individu.

Luahan itu diluahkan menerusi laman Twitter, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abd. Razak berkata, sehingga hari ini dia tidak berani makan buah tersebut.

“Sampai ke hari ini saya tak makan buat pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang,”

Pelakon drama rantaian Nur itu bersetuju dan mengulang ciap tweet seorang pengguna Twitter yang selalu berdepan dengan situasi menikmati buah-buahan tersebut sering disalah erti segelintir orang berfikiran kotor.

“Penatlah bila orang nak ‘sexualise’ (kaitkan) makanan dengan aktiviti seks.

“Tengok perempuan makan ais krim, kau fikir seks. Tengok kami makan siput sedut, kau fikir seks.

“Small small not mapuh (kecil kecil tak nak mampus). Boleh tak kalian biarkan kami nikmati makanan dengan aman,” ciap individu terbabit.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter lain mengulang ciap pendapat dilontarkan Tiz dengan menulis: “Kalau terpaksa makan ais krim di tempat awam, saya pilih ais krim yang ada sudu atau pun gigit ais krim itu dan tak jilat.

“Kalau pisang pula, akan patahkannya makan sikit-sikit berbanding makan seperti biasa.”

Tidak dinafikan pemikiran kotor sesetengah orang, tidak kira lelaki atau perempuan pasti akan membuatkan orang lain berasa takut dan tidak selesa.

Tiz Zaqyah Bakal Nikah Dengan Kenalan Zaman Kanak-Kanak? – Hantaran ‘Doakan Kami’ Nas Amer Cetus Spekulasi Hangat

Oleh yang demikian, andai diri masih terbelenggu dengan hasutan syaitan serta pujukan hawa nafsu, proses pembersihan hati wajar dilakukan.

Justeru, memiliki ilmu juga penting kerana dengan ilmu yang ada, usaha ke arah memperbaiki diri dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

tiz zaqyah
https://lomp.at/9n113
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara