• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Takut Rumah Disamun Gara-Gara Ali Bayar Hutang Sebanyak RM75 Ribu Sambil ‘Live’, Hidayah Perlu Tolak Demi Keselamatan

by Puteri Alia
February 22, 2024
Share on Facebook

Sejak arwah Abam meninggal dunia pada 2020, tidak putus-putus cerita negatif mengenai ahli keluarganya membanjiri media sosial dan semuanya tentang harta.

Bahkan, kes ini dikatakan berlanjutan susulan isu saling tuduh-menuduh sehinggakan tidak tahu siapa yang berada di pihak yang benar atau salah.

Bertahun-tahun mendengar cerita sama, bertelagah dalam media sosial, isu hutang dan bayar saman terkini,  peguam kepada Siti Norhidayah Hamzah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan mengenai tindakan anak guamnya menolak wang RM75,000 yang ingin dibayar oleh pelawak Ali Puteh atas faktor keselamatan.

Ibrahim menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram menjelaskan, wang yang dibawa oleh Ali terlalu besar dan disiarkan secara langsung di media sosial. Hidayah memaklumkan kepada saya Ali telah datang ke rumahnya dengan membawa sejumlah wang berjumlah RM75,000.

“Kemudian Hidayah menghubungi saya sama ada dia boleh mengambil atau tidak wang itu! Daripada segi undang-undang memang tiada masalah untuk Ali membayar wang berjumlah RM75,000 berkenaan secara tunai.

“Tetapi saya mengambil kira pada waktu itu jika sejumlah wang besar dibawa masuk ke dalam rumah dan ditambah pula dilakukan secara siaran langsung.

“Oleh itu, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim sudah memaklumkan kepada Ali untuk membuat pembayaran menerusi pindahan wang ke dalam akaun Hidayah.

“Atas faktor keselamatan, saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut dibawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam akaun bank.

“Semua atas faktor keselamatan. Hidayah tiada niat lain untuk menolak wang secara tunai yang dibawa oleh Ali semalam,” katanya.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah semalam bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

Terdahulu, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

Ali Putehhidayah
https://lomp.at/tc592
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @ijeebster (IG)
Lokal

Sibuk Kejar Impian, Imran Aqil Dihujat Netizen- “Imagine Kalau Wife Yang Buat Macam Tu”

by Nurul A.
October 2, 2025

Hantaran terbaru pengacara dan pempengaruh, Imran Aqil di media sosial baru-baru ini telah menuai kecaman orang ramai. Imran menerusi hantarannya...

Read more
Lokal

Amira Othman Kongsi Momen Mesra Dengan Fattah Amin, Rakan Selebriti ‘Cemburu’!

Penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan rakan selebriti dan netizen apabila memuatnaik satu video di media sosial miliknya, baru-baru ini. Menerusi...

Read more
by Naddy Joe
September 19, 2025
Lokal

Anak Baru 3 Tahun Hafal Doa, Neelofa Akui Termalu Dan Terpanggil Perbaiki Diri

Sebagai seorang ibu, Neelofa tidak menyangka dirinya akan belajar sesuatu yang besar daripada anak kecil berusia tiga tahun. Pelakon dan...

Read more
by Puteri Alia
October 21, 2025
Lokal

[VIDEO] Erma Fatima Luah Rasa Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa sebak apabila melihat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman di majlis resepsi mereka...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Foto - @afgan__ (IG)
Indonesia

[VIDEO] Minat Punya Fasal, Peminat Bawa Ibu Ke Rumah Untuk Merisik Afgan

Memiliki wajah yang kacak dan lengkap dengan pakej lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, siapa sahaja yang tak jatuh cinta...

Read more
by Nurul A.
December 4, 2025
Lokal

Aaron Aziz Risau Emosi Anak Disaman RM2 Juta, Serah Segalanya Pada Peguam

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz mengakui bukan nilai saman RM2 juta yang membimbangkan dirinya ketika ini, sebaliknya keadaan emosi anak...

Read more
by Puteri Alia
October 24, 2025
Lokal

Erra Fazira Kagum Disiplin Anak Sampai Jadi Bijak,

Penyanyi dan pelakon Erra Fazira meluahkan rasa kagum terhadap anak perempuannya, Engku Aleesya, 16, yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik dengan...

Read more
by Puteri Alia
September 26, 2025
Lokal

“Tak Serik Lepas Isteri Ditahan Tentera Israel” – Datuk Mahadi Rela Lepaskan Heliza Sertai Misi Gaza Lagi

Gembira menyambut kepulangan isteri tercinta dalam keadaan selamat, usahawan Datuk Mahadi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Heliza Helmi...

Read more
by Puteri Alia
October 9, 2025
Lokal

DSV ‘Dinner’ Dengan Aliff Aziz, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Cik Lan Tak Jeles Ke?..”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama pelakon dan penyanyi kontroversi,...

Read more
by Naddy Joe
September 19, 2025
Lokal

Along Cham Akui Gagal Didik Isteri, Nekad ‘Move On’ Selepas Cerai Kali Kedua

Kembali menduda buat kali kedua selepas lafaz talak disahkan mahkamah, pelawak dan pelakon Along Cham memilih untuk meneruskan kehidupan dengan...

Read more
by Puteri Alia
September 30, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore