Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Taman Tema Upin Ipin Bakal Diwujudkan Seperti Taman Tema Disneyland, Kos Menelan Belanja RM700 Juta

by Puteri Alia
September 5, 2023
Share on Facebook

Impian mewujudkan Taman Tema Upin Ipin sudah tercetus sejak siri animasi popular yang mengetengahkan watak kembar seiras itu diterbitkan sejak hampir dua dekad lalu.

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, berkongsi impian syarikat animasinya membangunkan Taman Tema Upin Ipin bakal menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun.

Burhanuddin berkata, taman tema itu sememangnya sudah lama dirancang, namun untuk merealisasikannya bukannya mudah kerana memerlukan perbelanjaan besar dan perancangan teliti.

“Nak buat taman tema bukan murah. Kami sudah banyak menerima tawaran tanah di Cyberjaya, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lagi. Namun, semua tanah itu mahu dijual, mana saya ada duit.

“Saya ada bertemu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekitar beberapa bulan lalu. Saya mahu mengundangnya merasmikan Karnival Upin dan Ipin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), antara 15 sehingga 17 Disember depan.

“Dalam pertemuan ini, beliau beritahu saya mahu bekerjasama membangunkan taman tema di Melaka. Saya tanya ada tanah atau tidak.

“Beliau minta saya tulis surat dan kemudiannya minta Melaka Corporation (MCorp) cari tanah yang sesuai,” katanya.

Tambah Burhanuddin, selepas bermesyuarat bersama MCorp kira-kira tiga minggu lalu, mereka ada menunjukkan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka.

“Tanah ini sudah dibersihkan dan diratakan. Memang cantik tanah ini, tetapi MCorp tidak mahu menjualnya, sebaliknya mahu ambil syer dalam projek ini.

“Jadi, kami berbincang tanggung hutang bersama, selain kami buat pinjaman bank atau keluarkan suku modal.

“Sekarang MCorp jadi rakan kongsi, jadi lebih memudahkan urusan. Saya suka jika taman tema ini diwujudkan di Melaka kerana sememangnya bandar pelancongan dan ramai pelancong Indonesia ke Melaka,” katanya.

Berikutan itu, Burhanuddin berkata, projek itu kemungkinan akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.

“Kami mungkin ‘kick off’ tahun ini memandangkan tanah pun sudah ada, jadi kena rancang dengan teliti. Selepas ini, kami kena cari kontraktor yang boleh buat. Dua hingga tiga bulan ini kami mahu mengusahakan modal dan menganggarkan perbelanjaan menelan RM700 juta.

“Taman tema ini seperti Disneyland. Kami sasarkan tiga tahun sudah boleh buka, tetapi buka secara berperingkat,” katanya.

Sejak 2018, Les’ Copaque Production sudah ditawarkan beberapa bidang tanah termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Ipoh, Perak; Johor Bahru dan Negeri Sembilan.

Siri Upin Ipin diperkenalkan di saluran TV sejak 2007 turut difilemkan pada 2009 dan tahun ini, siri animasi si kembar juga ditonton menerusi pentas teater muzikal Upin & Ipin

upin ipin
https://lomp.at/8avsr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jefrinichol (Threads)
Indonesia

Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen ‘Kelate’ Buat Netizen Terhibur!

by Nurul A.
April 2, 2026

Perkongsian terbaru pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini Jefri dilihat memuat naik beberapa keping gambar bersileut...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian

by Phic ARMAN
March 31, 2026

Aidilfitri tahun ini memang tak akan dilupakan Chef Zam dan keluarga bila menerima kunjungan kerabat diraja terus ke rumah mereka....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara