• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Tanggal 18 Mac 2023 Bakal Lakar Sejarah Buat Sheila Majid & Peminat

by Arsiqin Yusof
December 9, 2022
Share on Facebook

Sejarah baharu akan terlakar dan sebuah momen yang sangat  dinantikan akhirnya bakal terlaksana.

Masakan tidak, penyanyi tersohor Dato’ Sheila Majid akan berada di atas panggung utama, menghiburkan penggemar lewat lantunan vokal gemersiknya.

Konsert Pembuka Kerjaya 2023

Menyambut baik semaraknya kembali industri muzik tanah air, Sheila akan membuka pentas karier tahun 2023 dengan sebuah konsert mega yang dinamakan Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023.

Ini merupakan konsert julung kali Sheila setelah kali terakhir beliau menghiburkan para peminatnya pada tahun 2017. Tiket dijual bermula 12 Disember 2022, 11 pagi.

Dibawakan penuh bangga oleh JioBuddy dengan kerjasama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up, konsert ini dijadualkan berlangsung pada 18 Mac 2023, 8:30 malam di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Konsert ini juga turut dipersembahkan oleh AromBay serta rakan rasmi Snack Partner Mamee.

Sebagai penganjur, pihak JioBuddy menjelaskan persetujuan yang diberikan pihak Sheila untuk melaksanakan Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 adalah sebuah khabar baik bukan sahaja untuk mereka, tetapi tentunya buat seluruh penggemar penyanyi tersebut yang sudah lama mendambakan untuk menonton persembahan idola mereka dalam sebuah konsert berskala besar.

“Kami di JioBuddy bersama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up hanya mahu memberikan momen terbaik dari seorang figura hebat industri muzik tempatan kepada semua penggemar.

“Kami juga sedar Sheila Majid bukan sekadar seorang legenda di Malaysia, tetapi sangat disanjung dan memiliki penggemar dari negara serumpun termasuk Singapura dan Indonesia.

“Justeru, melalui Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023, kami bukan sahaja membawakan beliau secara eksklusif kepada penggemar, tetapi sebagai lambang dan semangat bangkitnya kembali industri hiburan tanah air selepas musim pandemik Covid 19 yang tidak pernah dibayangkan akan menyerang dunia sebelum ini,” ujar Sean Ng yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy.

Dato’ Sheila Majid ketika sidang media konsert berkenaan pada Rabu.

Menambah keistimewaan konsert tersebut, pesohor muzik Jazz berkenaan akan bermain di pentas penuh energi instrumen menerusi BIG BAND, dengan lagu-lagu yang diberi nafas baharu khas untuk persembahan ini. Beliau diiringi dengan 23 pemuzik dengan 13 daripadanya merupakan pemain horns, 7 orang pemuzik band bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh Pengarah Muzik tersohor, Mac Chew.

“Orkestra Jazz atau big band yang dianggotai oleh 10 atau lebih pemuzik dengan empat seksyen termasuk seksefon, trompet, trombone dan bahagian ritma.

“Ini adalah yang pertama kali buat Sheila dan kami tidak akan menjadikannya sebagai momen dua malam. A night of foot tapping, sing along, dance along music. First time ever for Sheila Majid.,” katanya.

Pengarah Konsert adalah, Jennifer Thompson terus diberi kepercayaan menerajui konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023.

“Ini juga bermaksud jika tiket habis dijual, maka hanya pembeli pada tanggal 18 Mac 2022 sahaja secara eksklusif akan menonton, berdansa dan berdendang bersama the one and only legenda kita, Sheila Majid,” tambah Sean Ng.

Lebih mengujakan, JioBuddy akan menghidangkan sebuah acara bersifat unik, premium dan mendahulukan pengalaman yang tiada tandingan khas buat peminat.

“Kami sedia menghidangkan sesuatu yang ‘hangat’ melalui Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023, justeru tiket premium yang disediakan adalah pakej terbaik untuk dimiliki,” janji penganjur lagi.

Selain itu, sesiapa yang membeli tiket VVIP (RM1288) dapat menikmati peluang bergambar secara individu bersama Sheila Majid. Oleh itu, jangan melepaskan peluang ini.

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

Bagi pihak Sheila, figura genit dengan segudang prestasi yang tidak perlu disebutkan lagi itu melihat Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 sebagai tahun pembukaan yang baik buat karier seninya.

Apa lagi, Sheila juga mengaku rindu untuk menghiburkan penggemar yang tidak pernah berhenti menyokong karier seni sejak zaman Dimensi Baru pada tahun 1985 sehingga kini.

Penggemar jugalah yang tidak pernah berhenti memberi sokongan buat pelantun lagu Sinaran, Pengemis Muda dan Antara Anyer Dan Jakarta ini terus relevan dalam industri seni meski sudah lebih tiga dekad menjadi penghibur.

Ubat Kerinduan

“Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 akan mengubat kerinduan saya kepada penggemar dan begitu juga buat penggemar untuk kembali berhibur dengan untaian lagu lagu yang akan didendangkan nanti.

“Seperti mana anda semua tahu, andalah kekuatan yang sangat saya hargai sepanjang karier ini. Ia akan menjadi sebuah lagi konsert penuh memori buat kita semua,” ujar Sheila Majid.

Sheila kali terakhir melancarkan album studio penuhnya pada 2017 berjudul Boneka. Boneka dihasilkan selepas 13 tahun album Cinta Kita meledak di pasaran pada 2004.

Meski tidak memiliki album sepanjang enam tahun terakhir, Sheila mengubat rindu peminat menerusi single Ketika Cinta Ingin Dimengerti pada 2021.

Beliau kemudian meminjamkan suara merdunya mengalunkan lagu runut bunyi filem Juang, Wira Hatiku yang cukup kental dengan semangat apresiasi terhadap para pejuang barisan hadapan sepanjang pandemik melanda negara.

Harga & Pembelian Tiket

Tiket berharga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP) boleh dibeli melalui www.Jiobuddy.asia.

Jadi jangan terlepas untuk menjadi sebahagian daripada sejarah hebat di Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023 yang akan berlangsung pada 18 Mac 2023, 8:30 malam di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Berjaya Pukau 9,000 Peminat, Konsert Sheila Majid 40 Years In Music 'Sold Out'!
konsertsheila majid
https://lomp.at/qyjuc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

‘Target’ Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya

by Nurul A.
December 31, 2025

Dalam treler "The Kardashians" yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
via TikTok
Lokal

[VIDEO] Leona Curi Tumpuan Di Pasar Malam Kota Kinabalu, Aksi Spontan Undang Tawa Ramai

by Iffah Najwa
December 17, 2025

Pempengaruh medial sosial, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona, kembali mencuri perhatian warganet menerusi satu rakaman video yang...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore