Seperti yang dilaporkan oleh CNBC, pengasas Google, Larry Page menyatakan meletakkan jawatannya sebagai CEO Alphabet. Posisi ini kini diambil alih oleh Sundar Pichai.
Oleh itu, Sundar Pichai yang sebelum ini berkhidmat sebagai CEO Google kini sekaligus menjadi CEO Alphabet, syarikat induk Google yang diasaskan pada tahun 2015. Dia juga menjadi eksekutif nombor satu di Google dan Alphabet juga.
Selain Larry Page, seorang lagi pengasas Google yang lain, Sergey Brin, meletak jawatan dari kedudukannya sebagai Presiden Alphabet. Kedudukan itu kini dimansuhkan dalam struktur syarikat.
“Alphabet dan Google tidak lagi memerlukan dua Ketua Pegawai Eksekutif dan seorang Presiden,” Sundar Pichai menulis di blog rasmi Google.
Berasal Dari Keluarga Sederhana
Dipetik dari BusinessInsider, Pichai, yang nama penuhnya sebenarnya Pichai Sundararajan, dibesarkan di Chennai, India. Ayahnya merupakan seorang jurutera elektrik dan ibunya seorang ahli stenographer.
Kehidupan masa kecilnya agak sederhana, dan difahamkan dia sendiri tidur bersama adik beradiknya di ruang tamu di kediaman 2 bilik mereka.
Miliki Bakat Luar Biasa
Pada awalnya, Pichai mempunyai bakat mampu mengingati nombor. Keluarganya mula sedar akan kelebihan ini apabila dia dapat mengingat semula setiap nombor telefon yang pernah didailnya menerusi telefon putar mereka.
Sertai Google Pada Tahun 2004
Sebelum menjadi ketua eksekutif, lelaki yang kini berusia 47 tahun itu telah memegang beberapa jawatan tinggi di Google.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Chrome dan Android di Google. Pichai menyertai Google pada tahun 2004. Pada masa itu beliau ditugaskan untuk membangunkan produk dan perisian oleh google.
Senarai produk yang dikendalikannya termasuk Chrome, OS Chrome, Gmail, Google Map hinggalah ke Google Drive.
Kerjaya Pichai berkembang di Google. Pada tahun 2013 dia diberi kepercayaan untuk memimpin pembangunan sistem operasi Android yang menggantikan Andy Rubin.
Pada tahun 2015 ketika Alphabet ditubuhkan, Pichai diminta menggalas tanggungjawab sebagai CEO Google. Kini, dengan pengambilalihan Alphabet, dia kini berada di kedudukan tertinggi dalam syarikat induk Google.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet dan Ketua Pegawai Google, Pichai akan menjadi eksekutif yang bertanggungjawab untuk memimpin Google, serta menguruskan pelaburan Alphabet.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.