• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Bangkit Semula! Amin Hayat Pernah Nyaris Terjun Bangunan, Bunuh Diri?

by Phic ARMAN
April 14, 2021
Share on Facebook

Berpengalaman lebih 14 tahun dalam dunia penyiaran bukanlah sebuah perjalanan yang mudah bagi personaliti TV tempatan, Amin Hayat. Amin yang pernah memenangi Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2010 itu akui pernah melalui pengalaman pahit sebelum menceburi bidang penyiaran.

Nyaris Bunuh Diri?

Jejaka berusia 40 tahun ini akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa di usia muda. Murai MY berkesempatan menemubual penyampai berita TV9 itu untuk berkongsi kisah jatuh bangun dalam kehidupannya.

“Bukan mudah sebenarnya kehidupan saya sebelum menceburi bidang penyiaran di TV9. Saya bukannya mempunyai latar belakang dalam bidang ini sebenarnya. Saya asalnya merupakan graduan Kejuruteraan Perisian Universiti Teknologi Malaysia (UTM)”- katanya.

Amin berkata, sebelum dia menerima tawaran untuk bekerja dengan TV9, dia pernah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pengurusan acara di usia yang sangat muda.  Malangnya tersungkur malah dibebani hutang sehinggakan dia disenaraikan hitam oleh Bank Negara.

Amin berkata, pada ketika itu, dia tidak dapat berfikir panjang dan menyebabkan dia seperti hilang akal lalu berfikir untuk membunuh diri.

“sebelum saya masuk ke TV9, hidup saya pernah jatuh tersungkur. Dulu saya ada sebuah perniagaan sendiri pada usia muda,. masa itu saya tak tahu apa apa. Saya buat event management, tak sampai setahun dan akhirnya saya tersungkur.”

“Saya pernah nak bunuh diri. Ya betul, ini bukan cerita tipu. Saya pernah terfikir untuk terjun dari bangunan di mana tempat saya tinggal.  Saya rasa hidup ini dah  tiada makna. Kegagalan itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam hidup saya.

“Pada masa itu saya berfikir, Saya bukannya tiada rupa, bukannya tiada pendidikan, tapi kenapa perkara ini berlaku kepada saya. Lebih menyakitkan, saya dibebani pelbagai hutang, disenarai hitam dengan Bank Negara. Tak boleh buat pinjaman, beli kereta dan rumah. Saya tertanya-tanya, kenapa hidup saya macam ni ya?. Ya, saya mengalami depresi, sebab itulah saya faham sesiapa yang mengalami nasib yang sama”- kongsinya.

Ibu Beri Semangat

Foto: Instagram Amin Hayat

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tersedar dan bangkit semula menjadi orang yang baru selepas mendapat nasihat dan semangat dari ibunya sendiri.

” Saya bangkt semula dengan seorang yang baru, ibu saya sendiri yang beri semangat. “- ujarnya

AminHayat Show

Menjadikan kisah pengalaman lalu sebagai pencetus semangat pada hari ini, Amin terinspirasi untuk menghasilkan sebuah rancangan temu bual terbaharu, AminHayat Show.

Rancangan AminHayat Show bersiaran di Facebook dan YouTube di bermula hari ini 14 April 2021 pada jam 9 malam. Rancangan ini mengupaskan pengalaman usahawan tempatan dan selebriti tanah air.

“Saya rasa sehingga hari ini belum ada lagi, rancangan tembual ‘online’ bersama usahawan sebegini dengan konsep muhibbah. Selalu kita biasa lihat banyak rancangan temubual yang melibatkan usahawan bumiputera.”

“Tapi di AminHayat Show bakal menembual usahawan bukan bumiputera untuk berkongsi pengalaman mereka dalam dunia perniagaan. Lagi-lagi bagaimana mereka menangani masalah perniagaan semua yang dihimpit masalah pandemik Covid-19. Diharap dapat menjadi semangat dan inspirasi kepada kita semua”- kata Amin.

View this post on Instagram

A post shared by AminHayat Rahim (@aminhayatrahim)

Menariknya, rancangan ini juga mendapat kerjasama High Flyer Asia (HFA), platform M-Commerce Malaysia JOCOM, TupperwareBrands, PinkyTailor, Zeve Shoes dan MTHREE Group of Companies.

amin hayatAmin Hayat Show
https://lomp.at/gq89n
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore