Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tengku Ampuan Pahang Cuba Buat Kek Lapis Sarawak, Rakyat Teruja Tengok!

by Farah Fatihah
December 9, 2025
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video tular di media sosial yang dikongsi oleh @kesultanan.pahang di TikTok memaparkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) yang bertukar meriah apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan Sense of Malaysia di Kuching, Sarawak.

Sense of Malaysia ialah inisiatif oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang memperkenalkan ruang cenderamata berkonsepkan budaya Malaysia, menghimpunkan pelbagai produk tempatan daripada komuniti-komuniti di seluruh negara.

Rakyat yang hadir jelas teruja menyambut keberangkatan Paduka Baginda, yang turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, sebelum disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Momen Manis Paduka Baginda Bersama Rakyat Sarawak

@kesultanan.pahang

KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG RASMI SENSE OF MALAYSIA DI SARAWAK KUCHING 7 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Sense of Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini hari ini. Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba pada pukul 10 pagi disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Cukup istimewa apabila Paduka Baginda berkenan melakukan demonstrasi pembuatan Kek Lapis Sarawak, serta menyaksikan demonstrasi Tenunan Songket, Pua Kumbu dan Sulaman Keringkam. Sense of Malaysia merupakan rangkaian gedung cenderamata berkonsepkan seni, budaya dan produk tempatan, diusahakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Paduka Baginda yang juga Penaung Kraf Diraja Jabatan Penjara mencadangkan agar produk keluaran institusi penjara turut dipasarkan di sini sebagai nilai tambah baharu. Sebanyak 25 komuniti usahawan tempatan dalam pelbagai kategori, termasuk fesyen, kraf, tekstil, aksesori, makanan kering, kosmetik dan kesihatan menempatkan produk mereka untuk dijual di Sense of Malaysia. – KESULTANAN PAHANG #tengkuampuanpahang #kesultananpahang #senseofmalaysia #borneo #sarawak

♬ original sound – Kesultanan Pahang – Kesultanan Pahang

Momen paling mencuri perhatian ketika Paduka Baginda menyaksikan demonstrasi pembuatan Kek Lapis Sarawak. Dengan senyuman manis dan gaya bersahaja, Paduka Baginda mengikuti setiap langkah pembuat kek tempatan dan mendengar penerangan cara pembuatan.

Rakyat yang memerhati bukan sahaja terpesona, malah berasa bangga melihat keakraban Paduka Baginda bersama rakyat Sarawak. Mereka yang menonton video tersebut turut berkongsi rasa teruja dengan meninggalkan komen di ruangan komen.

VIA TikTok @kesultanan.pahang

Turut memeriahkan acara, Paduka Baginda menyaksikan demonstrasi seni warisan Borneo seperti Tenunan Songket, Pua Kumbu, dan Sulaman Keringkam.

Setiap hasil kraftangan yang dipersembahkan mendapat perhatian Paduka Baginda, yang sememangnya terkenal sebagai tokoh yang begitu dekat dengan dunia seni, budaya, dan kraftangan tempatan.

Lebih istimewa lagi, Paduka Baginda yang juga Penaung Kraf Diraja Jabatan Penjara turut menyarankan agar produk penghasilan institusi penjara diberikan ruang pameran di sini, sebagai usaha memperkukuh ekonomi komuniti tersebut.

Pembukaan ini turut menghimpunkan 25 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk seperti tekstil, fesyen, makanan kering, aksesori, dan kraf tangan.

Kehadiran Tengku Ampuan Pahang bukan sekadar merasmikan acara, tetapi turut memberikan inspirasi besar kepada penggiat seni dan usahawan tempatan untuk terus memajukan warisan Malaysia di pentas antarabangsa.

Hidden Gem Sarawak, Tradisi Unik ‘Palak Kuih’ 80 Tahun Di Kampung Sebandi Ulu
kuchingsarawakSense of MalaysiaTengku Ampuan Pahang
https://lomp.at/jkj96
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat untuk tidak melaga-lagakan dirinya bersama bekas suami yang juga pelakon, Kamal...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara