Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Tengku Zafrul Belanja Warga Twitter Tengok Wayang Filem IMAGINUR

by Phic ARMAN
February 28, 2023
Share on Facebook

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini bermurah hati dengan belanja pengikut-pengikutnya di twitter menonton wayang beramai-ramai. Di laman twitter peribadinya, @tzafrul_aziz, beliau telah menawarkan tiket percuma untuk 50 orang terawal bagi menonton filem terbaharu terbitan Lumatics Film, IMAGINUR.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menulis, beliau akan membawa pengikutnya menonton wayang secara percuma ini pada hari esok (1 Mac 2023) pada jam 9.15 malam. Bagi merebut peluang ini, Zafrul meminta pengikut-pengikutnya di twitter terus menghantakan pesanan (DM) dengan segera.

“Saya nak belanja korang tengok movie #Imaginur! 9.15 pm Rabu (1 Mac 2023) ni, di area Klang Valley! Jom guys, kalau nak join, DM ‘Saya nak tengok IMAGINUR’! First come first serve ye! Saya nak belanja 50 orang tiket percuma!”- tulisnya

Walaubagaimanapun, selepas 2 jam tawaran ini dibuka, MURAI MY difahamkan slot 50 tiket percuma tersebut telah diisi oleh pemenang bertuah. Dalam tweet yang berbeza, Zafrul mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai peraduan ini.

“‼️SLOT TELAH PENUH ‼️ Hanya mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi berserta dengan maklumat program. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!- tulis Zafrul

Filem arahan Nik Amir Mustapha ini ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu. Filem Imaginur menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Afdlin Shauki, Dato Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Meor Hashim Takahara Suiko, Ruzana Ibrahim, Pekin Ibrahim, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

IMAGINUR merupakan sebuah kisah kehidupan seorang lelaki muda berputar di luar kawalan, dia cuba untuk mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar. Semasa dia cuba untuk mengenalpasti siapa wanita misteri itu, dia mula jatuh cinta padanya dan belajar mengenali dirinya sendiri.

[VIDEO] Pond*n Masuk Neraka? Jawapan Selamba Fazura Lepas Disakat Bukti 'Friendship Goal'

Apa-apa pun jom lihat trailer di bawah;

YouTube video
afdlin shaukiAnas RidzuanBeto KusyairyDato Rahim Razalidiana danielleFatimah Abu BakarMeor Hashim Takahara SuikoNadiya Nisaapekin ibrahimRuzana Ibrahim
https://lomp.at/2jpny
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara