Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Tenun Dastar Sabah: Dari Kampung Ke Pentas Dunia Dengan Cipela

by Zaidin Albert
September 29, 2025
Share on Facebook

Kalian tahu tak, kain tenun tradisi masyarakat Iranun Sabah yang orang panggil Dastar sekarang dah jadi bualan ramai? Baru-baru ni, jenama kasut premium tempatan Cipela bawakan koleksi kasut berinspirasikan Dastar di acara CIMB Artober Art & Soul kat MITEC, KL. Memang lain macam!

Warisan Jadi Fesyen Bergaya

Pengasas Cipela, Hidayah Hassan, kata impian dia dari awal memang nak jadikan warisan bangsa bukan sekadar hiasan muzium, tapi sesuatu yang orang boleh pakai dengan bangga.

“Menampilkan Dastar ni bukti hasil tangan wanita Sabah setanding dengan karya global,” katanya. Padu kan?

Bukan Sekadar Cantik, Bantu Ekonomi

Projek ni bukan saja tunjuk keindahan kain tradisi, tapi buka peluang rezeki. Hidayah cerita kali ni dia tak bergerak sorang, ada pelabur dan komuniti sama-sama turun padang jumpa artisan, siap dapat sokongan Yayasan Hasanah dan CIMB Artober.

Inspirasi Untuk Anak Muda

Hidayah yakin bila anak muda tengok tenun nenek moyang dipamer di pentas besar, mereka sedar warisan boleh jadi sumber ekonomi dan identiti kita sendiri. Best gila kalau warisan kita boleh jadi punca pendapatan, kan?

View this post on Instagram

A post shared by Yayasan Hasanah (@yayasan_hasanah)

Pelabur Pun Semangat Sabah

Pelabur Cipela, Bibi Rafidah Mohd Amin, cakap dia terlibat sebab sayang warisan negeri sendiri.

“Tenunan Dastar ni bukan saja cantik tapi ada potensi besar untuk bantu komuniti,” katanya.

Lagi sorang pelabur, Haslinda Hussein, percaya gabungan seni dan inovasi boleh buat Cipela tembus pasaran antarabangsa.

Sokongan Yayasan Hasanah

Menurut Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Puan Siti Kamariah Ahmad Subki, kain Dastar ni bukan sekadar tekstil, tapi cara bagi kuasa ekonomi pada komuniti. Artisan bukan penerima ihsan, tapi usahawan sebenar.

Dengan sokongan ni, Cipela dapat latih lebih ramai penggiat kraftangan dan pastikan warisan tenun Iranun terus hidup sampai ke luar negara. Memang bangga bila tengok seni tradisi kita diangkat macam ni.

Dari kampung ke pentas dunia, warisan nenek moyang tetap relevan, siap jadi kasut premium. Siapa sangka tenunan Dastar boleh bawa rezeki dan glamor macam ni?

Bibi Rafidah Mohd AminCIMB Artober Art & Soul kat MITECHidayah HassanKLPuan Siti Kamariah Ahmad Subki
https://lomp.at/ijxty
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

“SPM Dulu Saya Dapat 1A Sahaja”- Ben Ali Kenang Zaman Habis Sekolah

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Kalau anda rasa perjalanan hidup seseorang mesti sempurna dari awal, tunggu dulu. Kisah Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara