Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Terbang Ke Oxford Bukti Noah Sinclair Makin Dewasa, Tapi Lain Pula Netizen ‘Zoom’- “Tampannya Mirip…”

by Nurul A.
December 16, 2025
Foto - @itsmebcl (IG)

Foto - @itsmebcl (IG)

56
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas Engku Aleesya dan Sophea Natasha, kini giliran Noah Sinclair pula yang ‘terbang’ ke United Kingdom. Nampaknya, ketiga-tiga mereka bakal mengikuti kursus pendek iaitu Youth Fuel Global Winter Camp yang dianjurkan oleh Universiti Oxford selama seminggu.

Menerusi hantaran di Instagram, ibu Noah iaitu penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) telah memuat naik beberapa gambarnya di perkarangan kampus universiti tersebut.

View this post on Instagram

“Hari penghantaran. @youthfuelglobal Kem Musim Sejuk Universiti Oxford. Nikmati masa di sana @noah.sinclair”

Untuk makluman semua, Youth Fuel Global Winter Camp adalah sebuah program pembangunan diri dan kepimpinan antarabangsa yang disertai pelajar muda seluruh dunia, dengan Universiti Oxford sebagai lokasi penganjuran.

Kursus pendek ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dalam bidang kepimpinan, pemikiran kritikal dan isu global semasa.

Foto – @itsmebcl (IG)

Walaupun ramai yang mendoakan kejayaan Noah di ruangan komen, tetapi MURAI pula ternampak segelintir netizen memuji rupa Noah yang semakin kacak dan mirip bapanya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Noah sangat kacak.”

“Abang Noah, kacak macam ayahnya.”

“Gambar nombor 2 tu betul-betul iras arwah Ashraf. Dah makin makin iras.”

“Noah dah ada iras Ashraf dah.”

“Makin besar, makin muka Ashraf.”

Foto – @itsmebcl (IG)

Pada masa yang sama, Bunga Citra Lestari juga mendapat pujian mengenai penampilannya yang kelihatan semakin muda, tak seiring dengan usianya.

“Noah dah besar tapi mummy makin muda.”

“Noah dah masuk kolej. Ibunya masih nampak seperti pelajar kolej.”

“Generasi hari ini, anak dan ibu seperti adik kakak. Nampak muda sangat BCL!”

Untuk rekod, Noah Sinclair merupakan anak tunggal Bunga Citra Lestrari dan Allahyarham Ashraf Sinclair (yang meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung). Tiga tahun selepas pemergian Allahyarham, BCL mendirikan rumah tangga kali kedua bersama usahawan Tiko Aryawardhana pada Disember 2023.

Engku Emran Hantar Anak Ke Oxford, Tapi Lain Pula Netizen Perhatikan- "Akhirnya Dapat Bertemu..."
ashraf sinclairBCLbunga citra lestarinoah sinclairoxfordOxford UniversitiTiko Aryawardhana
https://lomp.at/wbu89
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara