Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terima Banyak Mesej Kecaman Daripada Rakan Sekolah, Anak Tiri Fizi Trauma Dituduh Pembuli Selepas Foto Tekup Mulut Ameena Tular

by Puteri Alia
October 27, 2023
Share on Facebook

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mendedahkan anak tirinya, Damia, mengalami trauma gara-gara dituduh sebagai pembuli oleh rakan sekolahnya susulan gambar menekup mulut Ameena Sofia yang tular, baru-baru ini.

Perkara itu juga menyebabkan Damia mengalami kemurungan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah.

Katanya, Damia takut keluar rumah kerana bimbang orang ramai akan memarahi dan membencinya.

“Selepas gambar itu tular, Damia terima banyak WhatsApp daripada rakan sekolah yang menghantar semula gambar menekup mulut Ameena kepadanya.

“Mereka tuduh Damia pembuli, lebih lagi, gambar wajahnya dibulatkan menyebabkan Damia mengalami kemurungan.

“Saya kasihan melihatkan keadaan Damia yang menjadi mangsa buli siber pada usia masih mentah, sedangkan Damia sangat baik dan lembut.

“Damia juga sangat sayangkan Ameena, mereka sangat rapat, malah tidur bersama. Jadi, tak mungkin Damia ada niat nak lakukan perkara tak baik pada Ameena,” katanya.

Menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, Fizi berkata, Ameena mahu cium tangan Damia, tetapi jurufoto sedang merakamkan gambar, jadi ia kelihatan seperti Damia menekup mulut Ameena.

“Ameena aktif, ceria dan tak boleh duduk diam. Dia suka pegang tangan kakaknya dan ketika itulah, Ameena sebenarnya cuba mencium tangan Damia.

“Bagi saya, gambar itu sebenarnya comel, tapi ramai pula yang mengecam dan tak adil sebenarnya buat spekulasi hanya daripada sekeping gambar.

“Saya juga minta tolong jangan bulatkan lagi muka Damia, kalau tak puas hati jumpa sendiri dengan saya. Tolong jangan babitkan isteri, anak-anak dan keluarga saya,” katanya.

Ditanya kenapa tidak menjawap pertanyaan daripada bekas isteri, Shakilla Khoriri yang menuntut penjelasan mengenai gambar itu, Fizi berkata, dia ada sebab tidak menjawab WhatsApp dihantar wanita berkenaan.

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

Isnin lalu, Shakilla meluahkan rasa rasa kurang senang melihat anak tiri Fizi menekup mulut Ameena dalam foto perkhawinan penyampai radio itu.

Sebagai ibu, Shakilla tidak gembira melihat anaknya diperlakukan sedemikiam dan menuntut penjelasan daripada Fizi tetapi tidak diendahkan.

Fizi membuat kejutan apabila mengumumkan bernikah dengan wanita dikenali sebagai Siti Zulaikha, 30 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor pada Isnin lalu.

Fizi Ali
https://lomp.at/ex1wn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara