Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terjatuh Dalam Tandas, Anzalna Kini Terlantar Di Hospital Alami Kecederaan Pada Bahagian Tengkuk

by Puteri Alia
September 25, 2023
Share on Facebook

Pelakon Anzalna Nasir kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta selepas mengalami kecederaan akibat jatuh di tandas di kediamannya pada Sabtu lalu.

Rentetan daripada insiden tersebut, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 35, mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk.

“Jatuh di tandas pada Sabtu lalu dan nasib baik suami juga ada di rumah ketika itu.

“Sekarang terlantar di hospital kerana kecederaan bahagian leher,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Dendam Aurora itu juga sudah melakukan ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk keputusan kesihatan lebih menyeluruh.

“Saya sudah lakukan ujian MRI tetapi keputusannya belum keluar lagi.

“Apapun doakan saya cepat sembuh daripada kesakitan ini,” ujarnya.

Terdahulu, suaminya, Hanif Zaki memuat naik video memaparkan Anzalna berada di atas kerusi roda selain meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya.

“Akan sentiasa dengan awak. Tolong doakan Anzalna ya semua.

“Semoga diberikan kesembuhan seperti biasa, sayang awak,” katanya dalam ruangan kapsyen.

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-"Vibe Putera Raja Sangat..."
anzalna
https://lomp.at/mdv6v
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - Instagram
Lokal

Marissa Didakwa Mahu Teruskan Perkahwinan, Kakak Umisya Mazlan ‘Rayu’ Danish Hakim Bertindak

by Nurul A.
April 2, 2026

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan, Nadia kembali mencuri perhatian ramai selepas 'merayu' Mohamed Danish Hakim untuk segera memeriksa keadaan adiknya,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim, Netizen Sebak!-“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa…”

by Naddy Joe
April 2, 2026

Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara