Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terkejut Rumah Dijilat Api Selepas Pulang Menonton Konsert Big Stage, Ajoi Zainal Pasrah Ditimpa Ujian Berat

by Puteri Alia
June 12, 2023
Share on Facebook

Persepsi ujian adalah bala sebagai hukuman semata-mata perlu diperbetulkan. Hal yang demikian kerana seharusnya kita mengubah persepsi memandang sesuatu ujian itu kerana sesungguhnya musibah dan bala yang melanda juga adalah tanda menghampiri kiamat.

Justeru, elakkan menghakimi orang lain atas ujian dihadapi mereka, sebaliknya hulurkan bantuan dan tunjukkan rasa simpati kepada mangsa bencana.

Bahkan menurut sumber, pahala percuma juga bukan sahaja diperoleh mereka yang menghadapi ujian, malah akan turut dikurniakan kepada kepada mereka yang memberikan bantuan kepada mangsa bencana.

Mereka yang membantu hamba Allah yang sedang dalam ujian itu perlu menyedari bahawa Allah SWT yang memberikan kesempatan dan menggerakkan hati untuk melakukan kebaikan.

Maka sebutlah Alhamdulillah selepas memberi bantuan kerana semua kudrat dan bantuan itu adalah rezeki dengan izin-Nya.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Ajoi Zainal bagai hilang kata-kata apabila hampir 30 peratus kediaman keluarganya yang musnah dalam satu kejadian kebakaran.

Ajoi atau nama lengkapnya Qaidzul Zainal Abidin berkata, kejadian itu berlaku selepas dia baru sahaja pulang dari menonton program Big Stage musim kelima (BS5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, penyanyi berusia 25 tahun itu dilihat tidak dapat menahan perasaan sedih apabila menyaksikan dari jauh kediaman keluarganya hangus dijilat api yang sedang marak.

“Ya Allah ya Tuhanku. Sampai empat buah jentera bomba datang. Permudahkanlah urusanku,” ujarnya cemas.

Menurut bekas peserta Big Stage musim keempat itu, walaupun ditimpa ujian, dia tetap bersyukur apabila kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa sementara punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak bomba.

“Kepada yang sudi bertanya dan mengambil berat, rumah saya hanya 30 peratus sahaja dijilat api. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Cuma buat sementara waktu, pihak berkuasa tidak membenarkan saya untuk berada di lokasi kediaman sehingga diberitahu.

“Sampai sekarang saya tidak tahu punca kejadian. Memang semasa kebakaran, saya baru sahaja 30 minit pulang dari menonton BS5 di MBSA,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi bersuara serak-serak basah itu turut mengucapkan terima kasih pihak yang sudi membantu keluarganya, termasuk kepada seseorang yang telah memberikan penginapan sementara untuknya dan keluarga.

“Terima kasih kepada yang bertanya, berdoa dan sudi menolong saya. Terima kasih juga kepada mereka yang terus menghulurkan bantuan tanpa saya sedar.

“Terima kasih juga kepada seorang hamba Allah kerana memberikan kunci rumah ‘homestay’ untuk keluarga saya menetap buat sementara waktu. Allah maha kuasa. Alhamdulillah,” ucapnya

Insiden Amad Rebah, Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM 'Keras'- "Benda Tu Betul-Betul Atas Kepala Saya"
Ajoi Zainalbig stage
https://lomp.at/kff9a
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara